Nasional

Lakukan satu perkara betul, dengar suara rakyat, titah Tunku Ismail

PEMANGKU Raja Johor,  Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim meminta kerajaan sekurang-kurangnya melakukan satu perkara yang betul iaitu mendengar suara rakyat.

Tunku Ismail mempersoalkan adakah tindakan hanya akan diambil jika keadaan menjadi kritikal.

“Tak akan nak tunggu kritikal baru nak bertindak. At least try to do one correct thing. Only one. Dengar suara rakyat,” titah Tunku Ismail dalam Twitter baginda.

Komen itu mungkin berkaitan isu wabak maut disebabkan coronavirus yang dibawa oleh pelanconf China.

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memutuskan untuk membenarkan pelancong China masuk ke Malaysia.

Keputusan tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada kebanyakan rakyat yang bimbang dengan kehadiran pelancong China yang dikaitkan dengan penyebaran coronavirus yang berasal dari Wuhan, China.

“Ampun Tuanku, patik menjung kasih dengan saranan Tuanku, Patik telah mengeluarkan pelbagai kenyataan tapi semua hambar dan ada kalangan rakyat jelata lansung tidak menghiraukan dengan wabak yang membawa kemusnahan, ampun Tuanku,” balas @Sukarela1 terhadap ciapan Tunku Ismail.

“Entahlah Tuanku, mungkin faktor usia, mungkin tak dengar atau ego yang tinggi, kalau dah ada vaksin atau ubat bolehlah tunggu sampai kritikal tapi dengan zero medical protection pun berani jugak, memang luar biasa pemerintahan kali ini,” kata @SysharkBlack.

“Hong Kong dan China isytihar darurat. Filipina usir pelancong dari China. Britian sedang memburu pelancong China yang masih ada dalam negaranya. Rusia dah sekat terus kemasukan pelancong China ke negaranya. Malaysia beri visa percuma dan alu alukan kedatangan pelancong  China,” komen @fahmi8989.

“Kerajaan hanya boleh menghalang kemasukan pelancong daripada sesuatu negara atas dasar wabak apabila penyakit itu diisytihar sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) oleh World Health Organisation (WHO),” kata @iskandarfareez.

“Saya percaya KKM bertindak mengikut piawaian dan SOP seperti yang digariskan oleh WHO. Saya harap HRH bertindak sebagai simbol untuk menenangkan masyarakat, bukan sekadar mengambil pendekatan populist untuk mencetus panik,” komen @aminsalehudin.

“May be in this case the best thing is not to listen to the rakyat rather listen to the expert opinion especially when the rakyat is pretty dumb that the score for OECD Reading, Math and Science are below average,” nasihat @izzyjack82.-SM

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button