Luar Negara

Indonesia benar eksport arang batu beransur-ansur

SELEPAS larangan eksport arang batu selama sebulan untuk Januari dikenakan awal minggu ini, Indonesia akhirnya membenarkan eksport arang batu disambung semula mulai Selasa.

Bagaimanapun, eksport dilakukan secara beransur-ansur, kata Menteri Penyelaras bagi Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan.

Sebelum ini Indonesia tidak membenarkan eksport arang batu selepas stok arang batu jatuh ke paras rendah di beberapa loji jana kuasa yang dikendalikan oleh syarikat utiliti kerajaan, PT Perusahaan Listrik Negara (PT PLN).

Luhut Binsar  berkata, keputusan itu dibuat selepas bekalan domestik telah dipenuhi dalam persekitaran bantahan daripada Jepun dan Korea Selatan menjelang musim sejuk.

“Kita akan lihat pengeksportan komoditi itu secara beransur-ansur mulai hari Rabu. Beberapa kapal diperiksa dan disahkan seterusnya dibenarkan keluar,” katanya.

Mekanisme pasaran domestik mengenai pengeluaran arang batu menyatakan 25% daripada pengeluaran arang batu mesti dijual kepada syarikat utiliti kerajaan, PT Perusahaan Listrik Negara (PT PLN).

Larangan eksport arang batu selama sebulan untuk Januari telah dikenakan awal minggu ini selepas stok arang batu jatuh ke paras rendah di beberapa loji jana kuasa yang dikendalikan oleh PT PLN. – SUMBER PORTAL MEDIA – SM

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button