fbpx
Politik

Belly dancing: Wanita Amanah tanya menteri apa tindakan terhadap Sajad

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional Senator Aiman Athirah Al-Jundi  membangkitkan pertanyaan apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terutama menteri agama dan menteri berkaitan wanita terhadap usahawan kosmetik Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Sajad.

Aiman Athirah Al-Jundi

Amain Athiran berkata, video Sajad yang memakai baju ketat dan berlubang mendedahkan bahagian dada sambil melakukan ‘belly dancing’ di dalam kenderaan jelas merendahkan maruah wanita.

Video usahawan kosmetik itu melakukan belly dancing dimuat naik  di Instagramnya nursajat23  dan telah ditonton lebih 100,000 kali.

“Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan khususnya Menteri Agama dan juga Menteri Wanita, apakah tindakan yang akan diambil bagi memastikan Sajat memberhentikan semua aksi kurang bermoral dan jelas menghina kaum wanita ini?

“Sudahkah pihak “Kerajaan Melayu Islam” yang sedang berkuasa sekarang merangka program khas bagi membantu manusia-manusia seperti Sajat agar dapat kembali ke pangkal jalan atau sekurang-kurangnya menghormati sensitiviti masyarakat Islam yang lain?


“Adakah pihak Menteri Agama yang baharu telah menjalankan sebarang usaha untuk menasihati Muhammad Sajjad secara hikmah, dan apakah usaha-usaha itu?’ tanya Aiman Athirah yang juga Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan Malaysia.

Menurut Aiman Athirah perlakukan Sajad itu boleh menyebabkan gangguan seksual dan pandangan serong terhadap wanita.

“Walaupun Muhammad Sajjad (Sajat) hakikatnya didaftarkan sebagai lelaki tetapi banyak tindak tanduknya sejak kebelakangan ini seperti memperagakan pelbagai aksi “mendedahkan body wanitanya” hakikatnya sangat merendahkan maruah seluruh kaum hawa!

“Sajat seolah-olah meletakkan sosok tubuh wanita sebagai simbol seks dan tontonan ramai. Perbuatan begini boleh ‘trigger’ gangguan seksual dan pandangan serong terhadap kaum wanita yang lain. Sekaligus meletakkan wanita-wanita sebenar terdedah menjadi mangsa,” kata Aiman Athirah.

Pada Fabruari lalu Sajad turut menimbulkan kemarahan Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Mujahid Yusof terhadap Sajad yang berpakaian seperti wanita ketika berada di Tanah suci ketika mengerjakan umrah .

Mujahid yang juga Naib Presiden Amanah kesal dengan tindakan ahli perniagaan kosmetik itu.

Menurutnya tindakan Sajat menjejaskan imej sebagai seorang lelaki secara biologi dan yang tertera di kad pengenalannya, tetapi berpakaian seperti wanita ketika di Makkah.

Katanya, beliau menerima banyak aduan daripada jemaah dan mereka yang menyaksikan perbuatan Sajat itu, berikutan dengan berpakaian wanita, usahawan kosmetik itu bergaul dan berada di ruang solat untuk wanita.

Bagaimanapun tiada tindakan diambil terhadap usahawan kosmetik itu.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button