fbpx
Nasional

Status khunsa Nur Sajat tidak disokong dengan bukti – Mujahid

USAHAWAN kosmetik terkenal Nur Sajat yang mencetuskan kontroversiti apabila bergambar memakai telekung ketika menunaikan umrah di Tanah Suci tidak pernah menunjukkan bukti secara saintifik bahawa dia seorang khusna.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof berkata, status jantina Nur Sajat setakat ini hanya dibuat melalui dakwaan sahaja,

Katanya, ia tidak disokong oleh sebarang bukti.

Oleh itu katanya, pihak beliau berpegang kepada fatwa dikeluarkan muzakarah haji yang jelas menyebut tanpa sebarang pembuktian (status jantina), seseorang itu kekal dengan jantina asal.

“Segala hukum-hakam yang dikenakan ke atas mana-mana jemaah haji dan umrah adalah sama seperti yang lain,” katanya dalam kenyataan melalui video hari ini.


MUJAHID YOUSOF RAWA

Sebelum itu, Mujahid mengadakan pertemuan dengan wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membincangkan langkah yang boleh diambil terhadap usahawan dengan nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu.

Mujahid turut mengadakan perbincangan dengan wakil agensi yang bertanggungjawab membawa rombongan Nur Sajad ke Tanah Suci di Putrajaya hari ini.

Ini bagi mendapatkan maklumat sebenar bagaimana dia boleh diterbangkan untuk mengerjakan umrah.

Agensi pelancongan terbabit, Albayt Travel Sdn Bhd sebelum ini menjelaskan Nur Sajat berpakaian lelaki semasa proses perlepasan di lapangan terbang.

Kemudiannya beliau ‘bertukar’ identiti menjadi ‘wanita’ semula sebaik sahaja sampai ke Tanah Suci.

Menurut Mujahid, daripada apa yang berlaku, jelas Nur Sajad tidak menghormati fatwa yang ditetapkan.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button