Bola SepakSukan

Syria diterima semula Liga Arab?

SYRIA dilihat berupaya kembali ke Liga Arab tidak lama lagi tetapi banyak cabaran menanti dalam menyelesaikan konflik negara itu yang berusia lebih sedekad, kata Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi pada Jumaat.

Organisasi itu menggantung keahlian Syria pada 2011 berikutan tindakan keras Presiden Bashar al-Assad terhadap pemberontakan yang kemuncaknya menjadi perang saudara.

Safadi berkata, Syria mempunyai undi yang mencukupi dalam kalangan 22 ahli kumpulan itu untuk mendapatkan semula kerusinya.

“Kepulangan ke liga akan berlaku. Secara simbolik ia akan menjadi penting tetapi… itu hanya permulaan yang sangat sederhana daripada apa yang akan menjadi proses sangat panjang dan sukar dan mencabar memandangkan kerumitan krisis selepas konflik selama 12 tahun,” katanya kepada CNN.

Seorang jurucakap Liga Arab berkata, semalam, menteri Arab akan bertemu di Kaherah pada Ahad ini untuk membincangkan Syria di tengah-tengah desakan serantau untuk menormalisasikan hubungan dengan Assad.

Beberapa negara Arab termasuk Arab Saudi dan Mesir baru-baru ini terbabit semula dengan Syria melalui lawatan dan mesyuarat peringkat tinggi walau pun beberapa negara termasuk Qatar tetap menentang normalisasi penuh tanpa penyelesaian politik kepada konflik Syria.

Pada pertemuan di Amman pada Isnin lalu, Menteri Luar Syria, Faisal Mekdad bertemu buat pertama kali dengan menteri Arab sebagai sebahagian daripada inisiatif Jordan untuk memastikan Damsyik merundingkan pelan damai.

Ia meletakkan hala tuju untuk menamatkan konflik termasuk menangani isu pelarian, tahanan hilang, penyeludupan dadah dan militan Iran di Syria.

Safadi berkata, kesediaan Syria mencapai kemajuan sebenar dalam menyelesaikan konflik akan membantu negara itu memenangi sokongan penting Arab dalam melobi bagi menamatkan sekatan Barat yang menjadi penghalang utama untuk proses pembinaan semula negara berkenaan. – SM

 

(Visited 268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button