Sukan

Putera Adam juara Malaysia Karting Championship

Putera Adam dari Malaysia muncul penenang bagi kategori Senior (18-35 tahun) dalam ‘Malaysia Karting Championship 2022 – Pusingan 4’ yang dilangsungkan pada 11 dan 12 Jun 2022 di Litar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra.

Tempat kedua dan ketiga dalam saingan melibatkan 14 peserta itu juga dimenangi oleh pelumba Malaysia iaitu Mohamad Hayden Haikal dan Akash Neil Nandy (Stratos RL).

Anakanda bongsu Raja Muda Perlis, Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan pertandingan akhir yang turut melibatkan para peserta antarabangsa dari Singapura, Thailand, Indobesia dan India selain daripada Malaysia tersebut.

Bagi tiga kategori lain yang turut dipertandingkan pula, para pemenangnya adalah Mohd Jasa dari DRM Racing Team, Malaysia (Senior Master – 35 tahun keatas : 5 penyertaan), Chanoknan Veeratacha dari Thailand (Juniors – 13-17 tahun :
8 penyertaan) dan (Cadet – 12 tahun kebawah : 5 penyertaan).

Pertandingan kali ini turut melibatkan sesi ‘Uji cuba litar’, ‘Time trial bagi semua kategori’, ‘Saringan perlumbaan’, ‘Pre -final’ dan juga ‘Final’.

Untuk rekod, ‘Malaysia Karting Championship 2022 – Pusingan 5’ yang akan datang akan diadakan pada 2 dan 3 Julai 2022 di Sepang International Circuit. Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah melayari website https://www.malaysiakartingchampionship.com/.

(Visited 430 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button