Nasional

Syarikat telco dilarang letak pautan pelokasi sumber dalam SMS

Larangan ini untuk elak penipuan

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi (telco) melarang sebarang kandungan pautan pelokasi sumber seragam (URL) dalam khidmat pesanan ringkas (SMS).

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa penipuan dalam talian.

“SKMM telah mengeluarkan satu arahan kepada syarikat telco untuk pastikan tiada seorang pun yang akan tersalah tekan URL itu dan berkemungkinan menjadi mangsa (penipuan dalam talian).

“Banyak penipuan dalam talian berlaku apabila pengguna tersalah tekan pautan tersebut, kemudian memberikan maklumat peribadi,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu di Ai FM sempena Sambutan Ulang Tahun RTM ke-77, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, arahan tersebut akan berkuat kuasa secara berperingkat dan beliau berharap syarikat yang terlibat dapat melaksanakannya dalam masa terdekat. – FMT – SM

BACA Halo Telco tawarkan pelan Bebas 55, Fokus 40 dan Fokus 30 untuk pencinta internet!

BACA Enam syarikat telco dikompaun SKMM berjumlah RM700,000

 

(Visited 49 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button