AgamaNasionalNegeri

Raja Muda, Raja Puan Muda terima mengadap deligasi GASIS

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menerima sembah mengadap deligasi dari Persatuan Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS) di Istana Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan delegasi GASIS di Istana Arau.

Majlis sembah mengadap hormat delegasi GASIS ini diketuai oleh Dr. Nik Noor Azlida Datuk Husain dan 50 peserta yang lain.

Persatuan ini berada di negeri Perlis sempena program ‘Jaulah Qiadi GASIS 2023’ yang merupakan program tahunan bertujuan untuk bermusafir bagi mencari ilmu yang bermanfaat untuk diterapkan dalam diri sebagai pemimpin dan juga pendidik.

Objektif program ini antaranya mewujudkan jalinan kerjasama antara GASIS dan institusi serta organisasi yang dilawati, mengikat ukhwah antara ahli dan membentuk mentaliti dan cara kerja berkepimpinan.

Dr. Nik Noor Azlida dalam sembah ucapannya kepada Baginda berdua menyatakan, penubuhan GASIS bertujuan untuk merapatkan ukhwah dan menjadi pengantara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan sekolah-sekolah Islam di Selangor.

“Kedatangan patik-patik ke negeri ini adalah kerana Raja Muda dan Raja Puan Muda amat menitikberatkan dan prihatin akan sekolah-sekolah agama di Perlis”, tambah beliau lagi

Delegasi GASIS melihat pameran di Galeri DiRaja, Arau

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor yang mengiringi Baginda berdua memaklumkan bahawa pihak MAIPs memainkan peranan dalam membantu untuk mempertingkatkan sosio ekonomi umat Islam melalui pelbagai bidang termasuklah pendidikan.

MAIPs sentiasa memberikan perhatian kepada usaha-usaha elemen pemantapan pendidikan di negeri Perlis.

Antaranya termasuklah pengukuhan pendidikan agama Islam melalui pelbagai inisiatif ke arah memantapkan pengurusan di samping memberikan penyaluran sumbangan terhadap pelbagai aktiviti pendidikan di 23 buah sekolah-sekolah agama di negeri Perlis yang berdaftar.

Ahli delegasi tertarik dengan salasilah DYMM Raja Perlis semasa melawat Galeri Diraja, Arau.

“Selain itu, Raja Muda Perlis selaku Yang DiPertua MAIPs sering kali memberi perhatian kepada usaha untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan akademik di negeri Perlis” ujar CEO MAIPs itu lagi. – SM

BACA Kayuhan Berbasikal RCB 10 bersama Raja Muda Perlis sumbang RM25,500

BACA Pendidikan penting lahirkan insan dinamik – Raja Muda Perlis

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button