Luar Negara

Kanak-kanak lelaki 8 tahun, remaja ditembak di Tebing Barat

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dan seorang remaja berusia 15 tahun mati ditembak tentera Izionis srael di Jenin, Tebing Barat, semalam, menurut kementerian kesihatan Palestin.

Kementerian itu dalam kenyataan berkata, Adam al-Ghul, 8, dan Bassem Abu el-Wafa, 15, mati ditembak peluru penjajah.

Rakaman CCTV yang tular dalam talian dan disiar rangkaian televisyen menunjukkan seorang budak lelaki rebah ditembak di jalan menyebabkan kanak-kanak lain bertempiaran lari.

Imej lain turut menunjukkan seorang remaja turut rebah selepas ditembak dan dilihat meminta pertolongan namun tembakan terus dilepaskan berhampirannya manakala orang ramai dilihat berlari mencari perlindungan.

Remaja itu dilihat bergelut kesakitan sekurang-kurangnya setengah minit sebelum meninggal dunia.

Pegawai Bulan Sabit Palestin memberitahu AFP, mangsa berada di tepi jalan utama di Jenin yang secara teori tidak boleh diakses oleh tentera zionis Israel kerana berada dalam kawalan penuh Pihak Berkuasa Palestin.

Tentera zionis Israel memaklumkan AFP ia sedang mengesahkan maklumat berkenaan dan mendakwa melaksanakan serbuan di kem pelarian di Jenin serta membunuh dua penentang berpangkat tinggi termasuk seorang yang dikaitkan dengan serangan terhadap orang Israel. – SM

BACA Tentera zionis Israel lancar serangan sengit ke atas Hospital Al-Shifa

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button