Nasional

Enam syarikat telco dikompaun SKMM berjumlah RM700,000

Sebanyak enam syarikat telekomunikasi telah dikenakan kompaun oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di ata skesalahan pendaftaran kad SIM prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna pada 2019.

SKMM dalam kenyataannya berkata, 15 kompuan bernilai RM700,000 itu dikeluarkan pada 1 Oktober lalu meliputi kesalahan di bawah Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dibaca bersama Seksyen 242 Akta sama.

“Mendahului senarai penerima jumlah kompaun tertinggi ialah U Mobile Sdn Bhd dengan lima kompaun bernilai RM250,000, Celcom Axiata Berhad dan Tune Talk Sdn Bhd dan masing-masing dengan tiga kompaun bernilai RM150,000.

“Maxis Broadband Sdn Bhd pula dikenakan sebanyak dua kompaun bernilai RM100,000 manakala YTL Communications Sdn Bhd dan Tone Plus Sdn Bhd masing-masing dengan satu kompaun bernilai RM40,000 dan RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, tindakan yang diambil itu mencerminkan ketegasan dan komitmen SKMM dalam memastikan kepentingan pengguna sentiasa terpelihara selain memastikan proses pendaftaran kad SIM prabayar mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Ujarnya, selain tindakan penguatkuasaan, pelbagai langkah proaktif lain turut diambil oleh pihaknya antaranya, pendaftaran kad SIM menggunakan Platform Automatik yang sulit (encrypted) dan terjamin (secured) sahaja.

“Selain itu, penyedia perkhidmatan tidak akan mendaftarkan mana-mana pelanggan baharu untuk memiliki lebih daripada lima kad SIM untuk setiap individu,” jelasnya.

Tambahnya, SKMM tidak akan berkompromi dalam hal ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. -SM

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button