Hiburan

Polis Evo 3 penuh aksi dan jenaka

Polis Evo 3 lebih terarah kepada genre komedi aksi berbanding siri kedua yang dilihat lebih serius.

Jika musim satu dengan elemen komedinya, musim kedua pula sarat dengan aksi dan drama yang berat, kini dibawah arahan Syafiq Yusuf, Polis Evo 3 ini menggabungkan kedua-dua elemen tersebut.

Mengembalikan tunggak utama dalam filem ini gandingan dua aktor lelaki, Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Inspektor Khai dibawakan oleh Shaheizy Sam.

Polis Evo dibintangi oleh Zizan Razah, Shahizey Sam, Syafiq kyle

Kali ini skuad Polis Evo 3 dibesarkan dengan watak-watak baru yang mempunyai kepakaran masing-masing.

Kemunculan Watak Baharu

Watak Inspektor Dani yang dilakonkan oleh Syafiq Kyle pakar bahan letupan, Inspektor Julie oleh Fara Ali Khan pakar penembak tepat, Inspektor Dell oleh Douglas Lim pakar dalam mengakses data teknologi, ACP Farouk oleh Fauzi Nawawi sebagai ketua skuad, dan Inspektor Faizal oleh Fezrul Khan menjadi perisik khas.

Setiap watak ini membawakan kepakaran masing-masing dalam dunia kopolisian.

Sementara itu pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad membawakan watak antagonis, Reza yang digeruni.

Persahabatan Yang Teruji

Sedikit untuk sipnopsis Polis Evo 3 ini bermula kejadian letupan bom di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis yang kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai.

Sharnaz Ahmad membawa watak antagonis

Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Mengulas lebih lanjut tentang filem Polis Evo 3, pembukaan Polis Evo di layar perak diselangi jenaka dan aksi dari lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak.

Trademark Syafiq Yusof kekal

Arahan Syafiq Yusuf

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta ini penuh dengan aksi persembahannya, mengunakan bahan letupan dan kereta meletup seperti sudah menjadi ‘tredemark’ untuk pengarah terkenal Syafiq Yusuf.

Malah boleh dilihat sangat berbeza arahan Syafiq Yusuf dan pengarah lain dalam Polis Evo 1 dan 2, tetapi rata-rata yang melihat tayangan perdana pada 18 May lalu mengatakan kurang dari segi plot twist.

Seperti yang kita tahu Syafiq Yusuf memang terkenal dengan filem plot twist, seperti Desolasi, Mesteri Dilaila dan SAM.

Penonton menjangka akan ada plot twist yang memberi impak kepada filem ini namun sayangnya tiada, walau bagai mana pun filem Polis Evo 3 ini di pengakhiran masih mengekalkan ‘bromance’ sama seperti Polis Evo 1 dan 2.

Disebabkan penonton disajikan dengan aksi dan editing yang ditujukan dalam filem Polis Evo, penonton masih setia untuk menunggu sehingga ke pengakhiran.

Istimewa Polis Evo 3 turut mengembalikan watak-watak daripada francais terdahulu seperti pelakon Nora Danish, Eyka Farhana, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor.

Filem ini turut menampilkan nama-nama besar seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Daniel Cheang dan pempengaruh media sosial Zukieeeee serta penampilan istimewa Datuk Afdlin Shauki.

Terbitan dari Astro Shaw bersama Skop Production dan TGV Pictures.

Akan mula ditayangkan pada 25 Mei ini di 145 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

 

(Visited 567 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button