Politik

Rafizi ajak Sanusi berdebat, barulah anak jantan!

CABAR mencabar umpama menonton filem Tamil sedang berlaku di antara Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mencabar Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Nasional (PN), Datuk Seri Sanusi Nor untuk berdebat secara langsung di televisyen bagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) menjelang 12 Ogos depan.

Cabaran berdebat itu dibuat oleh Rafizi selepas tawaran yang sama dilontarkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali beberapa hari lalu tidak disahut atau dalam erti kata lain, tidak dilayan oleh bekas Menteri Ekonomi itu.

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Sanusi – GAMBAR FACEBOOK

Rafizi berkata, beliau memilih Sanusi kerana Pengarah Pilihan Raya PN itu dilihat sebagai pemimpin pembangkang paling berani bersuara dalam berkempen selain yakin ia akan menjadi “hiburan terbaik” menjelang PRN yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

“Oleh kerana Azmin, bekas menteri ekonomi sampai sekarang tidak sahut cabaran debat. Sudahlah lari dari kerusi Bukit Antarabangsa. Yang itu pun takut, sekarang orang ajak berbincang pasal ekonomi pun takut.

“Jadi, saya ingat yang seterusnya dalam kalangan pimpinan PN ini yang paling berani adalah Sanusi,” katanya.

Katanya lagi, “oleh itu, selepas ini Insya-Allah, saya nak jemput Sanusi mari berdebat dalam televisyen. Saya yakin ramai, TV3 ke, Astro ke, semua akan berebut-rebut.

“Sebab saya Pengarah Pilihan Raya PKR, dia Pengarah Pilihan raya PAS.

“Jom, mari kita berdebat supaya kita boleh bincang,” katanya dalam ceramah Jelajah Madani DUN Rawang malam tadi, menurut laporan Harian Metro.

Dalam ceramah Jelajah Madani di Port Dickson  pada Selasa lalu, Rafizi yang juga merupakan Menteri Eonomi dalam Kerajaan Perpaduan mencabar Azmin berdebat dengannya mengenai ekonomi Malaysia jika pemimpin PN itu berani.

Sebelum itu, beliau juga pernah melontarkan cabaran debat kepada Azmin menjelang pemilihan PKR pada 2018 yang mana pada ketika bekas menteri hal ehwal ekonomi tersebut masih memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

Bagaimanapun cabaran yang dilontarkan oleh Rafizi ditolak oleh Azmin.

Sementara itu, Rafizi berkata, cabaran berdebat adalah untuk memulakan budaya persaingan idea bagi membantu rakyat dan tidak tertumpu kepada retorik “siapa lebih Melayu”.

“Saya sudah bentangkan satu perkara yang mudah saja, macam mana kita nak tukar solar dan atap nak bantu rakyat.

“Saya nak tunggu daripada PN apa idea mereka, idea konkrit macam mana nak bantu rakyat,” katanya.

Katanya lagi, debat itu boleh diadakan dalam tempoh sepanjang dua minggu kempen PRN sebagai cara terbaik untuk “menutup” mulut Sanusi daripada terus memperlekehkan atau menghina pemimpin lawannya.

“Jadi, ada masa dua minggu lagi ni, kalau saya tak bantu dia berdebat pasal ekonomi, pasal pentadbiran, saya tak tahu siapa lagi dia nak hina selepas ini,” katanya. – SM

BACA Rafizi buka mulut jumpa Sanusi untuk ‘bincang sesuatu’ yang serius

BACA “Saya tidak mahu lancar pecah tanah konon untuk nampak cepat,” – Rafizi Ramli

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button