Hiburan

Bebas Covid-19, Nora Danish belajar daripada kesilapan lalu

SELEPAS dikuarantin selama 10 hari kerana dijangkiti Covid-19, pelakon, Nora Danish akhirnya kembali pulih seperti biasa.

Namun, Nora mengakui pengalaman yang dialaminya itu adalah sesuatu yang memberi pengajaran besar buatnya.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjaga saya selama 10 hari.

“Sekarang jom kita jaga kita. Jangan keluar rumah la bila tidak ada perkara yang penting.

“Saya pun dah belajar daripada kesilapan lalu,” katanya.

Sementara itu, Nora turut memberitahu yang rumahnya juga kini telah menjalani proses sanitasi selepas dia disahkan bebas Covid-19.

Terdahulu, Nora membuat ujiansaringan Covid-19 selepas mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Dia kemudian disahkan positif Covid-19 walaupun tidak mempunyai sebarang gejala.

Nora juga teprkasa menangguhkan pengambil vaksin yang dijadualkan selepas didapati positif Covid-19. -SM

(Visited 696 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button