Politik

Sungai Buloh: MBSA perlu pertimbang nasib penjaja B40, M40

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) digesa mempertimbangkan nasib penjaja dalam kategori B40 dan M40 di Sungai Buloh yang gerainya disita.

Gesaan itu dibuat susulan beberapa gerai milik penjaja kecil di Bandar Baharu Sungai Buloh disita pihak berkuasa MBSA.

Ini kerana, kebanyakan penjaja tebabit adalah peniaga warga tempatan rata-ratanya terjejas akibat pandemik Koronavirus (Covid-19).

Justeru, mereka hanyalah golongan yang berpendapatan rendah dan perlu dibantu dalam usaha kerajaan memulihkan ekonomi negara.

“Pergerakan Wirawati PUTRA Malaysia mengambil berat permasalahan rakyat terutama dari sudut ekonomi.

BACA > Pemilik nasi kandar cetus kluster dipenjara – Suara Merdeka

“Bantulah rakyat golongan B40 dan M40 untuk menjana pendapatan kerana golongan penjaja adalah mereka yang turut menyumbang kepada ekonomi negara.

“Kasihani para penjaja Bumiputera yang Kais pagi makan pagi.

“Pergerakan Wirawati Putra Malaysia berasa bertanggunjawab mengulas isu keluhan para penjaja jalanan di daerah Sungai Buloh.

“Mereka terjejas akibat tindakan penguatkuasaan dari MBSA selepas kecoh insiden serbuan sebuah pusat kegiatan haram perjudian.”

Demikian kenyataan Ketua Pergerakan Wirawati Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Dr. Asmah Razalli, hari ini.

ASMAH RAZALLI

Beliau berkata demikian selepas tindakan pihak berkuasa MBSA mengambil tindakan terhadap penjaja di sana menimbulkan kontroversi.

Ia susulan aduan mengenai kewujudan peniaga tidak berlesen dan pusat perjudian haram di kawasan tersebut selepas aduan dibuat oleh peniaga Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid.

BACA > Bekas NUJ Utusan failkan tuntutan pampasan – Suara Merdeka

Mohd. Asri atau Asri Janggut sebelum ini membuat laporan polis mengenai kewujudan pusat perjudian haram dan penjualan rokok seludup di kawasan tersebut.

Susulan tindakan itu, beberapa gerai milik penjaja kecil disita pihak MBSA kerana tidak mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) serta tiada lesen.

Dalam pada itu, menurut Asmah, beliau meminta MBSA supaya membenarkan penjaja terjejas itu kembali berniaga dan menawarkan tempat berniaga lain yang strategik.

“Diharapkan premis premis jajaan yang disita boleh diberikan kemudahan tempat berniaga yang lebih spesifik dan terancang,” katanya.

Tambahnya lagi, MBSA juga diharapkan dapat membantu mereka yang tiada lesen supaya memudahkan urusan permohonan untuk berniaga.

Ini termasuklah mengurangkan kerenah birokrasi serta menyediakan kemudahan kepada peniaga untuk membuat pendaftaran.

BACA > Judi haram Sungai Buloh: SPRM sudah hubungi PDRM – Suara Merdeka

“PBT di bawah Kerajaan Negeri Selangor perlu memandang berat isu ini seperti DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang memudahkan urusan birokrasi dalam pemilikan perlesenan perniagaan.

“Pergerakan Sayap Wirawati PUTRA Malaysia berharap PBT di bawah kerajaan Negeri Selangor lebih serius membantu golongan penjaja.

“Mudahkan urusan mereka mencari sesuap nasi demi keluarga dalam menjana lebih banyak program ekonomi, penempatan khas penjaja serta lain lain lagi,” ujarnya.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman memaklumkan MBSA akan membantu penjaja di Sungai Buloh yang dikenakan tindakan.

Ini termasuklah program pemutihan yang akan diadakan bagi membantu peniaga mendaftar dan memohon lesen bagi perniagaan mereka.

BACA > Kerajaan Selangor sedia bantu peniaga di Sungai Buloh – Suara Merdeka

Perkara itu diumumkan beliau selepas ia dibincangkan mesyuarat Exco Kerajaan Selangor semalam. – SM

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button