PolitikRencana

Politik pemandu bas

Kemelut politik negara boleh diibaratkan seperti memandu bas dari Perlis nak dibawa ke selatan. Penumpang tidak jelas destinasi yang ingin dituju. Mereka teruja kerana dapat naik bas dan yang pastinya mereka tahu mahu ke selatan. Tetapi hanya pemandunya sendiri yang jelas dan tahu bahawa destinasi bas yang ingin dituju ialah Johor Baharu.🌏🌎🌐

Sebagai seorang pemandu bertauliah, pastinya menggunakan jalan highway PLUS yang telah diberikan diskaun 18% merupakan alternatif yang paling mudah dan cepat. Namun dengan pengalaman pemanduan yang dimiliki melebihi 30 tahun, pastinya akan menggunakan pengalaman pemanduan tersebut untuk membawa perjalanan ini menjadi lebih menarik. Lagi-lagi penumpang yang dibawa terdiri daripada pelbagai latar belakang dan yang pastinya pengalaman pemanduan mereka lebih cetek daripada si pemandu. Pada masa yang sama ada penumpang yang pernah pergi ke selatan menggunakan highway PLUS tersebut maka si pemandu mahu memberi pengalaman berbeza kerana tidak mahu dikatakan ‘macam sama je jalan dulu ni’.🗾⛰️🏞️

Maka perjalanan pun bermula. Niat pemandu dipasangkan mahu pergi ke Johor Baharu. Perjalanan pada awalnya melalui highway PLUS diskaun 18% selepas keluar tol Bukit Kayu Hitam melencong ke jalan lama apabila sampai di Sungai Dua, Penang. Katanya nak try makan char koay teow telur basuh. Lama tak makan katanya. Dah kenyang, perjalanan diteruskan ikut jalan lama kerana dikatakan laluan highway PLUS sesak. Sepanjang perjalanan dibawa singgah ke Bandar Di Raja Kuala Kangsar sebentar untuk ditunjukkan sejarah dan salasilah Raja Melayu yang ada di sana. Maka perjalanan menjadi menarik kerana keterujaan penumpang yang sememangnya tidak pernah tahu sejarah Di Raja sebelum ini.🌅🌇🌉

Selepas menyedari betapa banyaknya koleksi Di Raja, maka perjalanan diteruskan memasuki highway PLUS di exit Ipoh kerana nak melajukan perjalanan. Akhirnya sampailah di Kuala Lumpur. Dibawa singgah untuk menikmati panorama keindahan dan kemajuan Kuala Lumpur. Pastinya keadaan kerja pembangunan infrastruktur yang dilakukan seperti highway SUKE-DUKE, MRT membuatkan jalan raya menjadi sesak dan adakalanya beberapa u-turn perlu dilakukan kerana asyik terlajak jalan. Pada ketika itu mulalah si pemandu menyalahkan pihak-pihak yang melakukan kerja-kerja infrastruktur yang tak sudah menyebabkan dia terpaksa melakukan u-turn beberapa kali.🚧🛑🌪️

Di sini mulalah ada penumpang yang tidak puas hati kerana dikatakan pemandu seperti tidak tahu jalan. Maka mereka mengambil keputusan untuk turun. Terbahagilah kepada 2 kumpulan yg turun. Satunya mengambil keputusan pergi ke Stesen Hentian ke 13 Bas KL Hop On Hop Off City Tour. Alang-alang itu mereka mengambil keputusan untuk pusing-pusing Kuala Lumpur dengan Bas KL Hop On Hop Off City Tour. Satunya lagi mengambil pendekatan lebih jimat dengan menaiki bas rapid free shuttle untuk pusing KL. Kedua-duanya sudah pasti tidak sesat atau terlajak. 🌝🌞🌟

Selepas itu, si pemandu itu membiarkan sahaja tetapi pada masa yang sama pemandu itu mahu juga sedaya upaya membawa kesemua penumpang tadi menuju ke Johor Baharu . Masalahnya kini, satu kumpulan sudah serik dan mahu melencongan perjalanan mereka ke Kelantan. Mereka tidak langsung mahu mengikut pemandu ini. Manakala satu kumpulan lagi mahu patah balik ke Perlis tetapi pada masa sama berbelah bahagi seperti mahu meneruskan perjalanan ke selatan sebab rasa rugi sudah separuh jalan.🚦🚥

Bagi pemandu tersebut, walau apa pun yang terjadi bas ini perlu dipandu dan sampai ke destinasi yang ingin ditujuinya iaitu ke Johor Baharu. Cumanya pemandu terfikir di stesen mana menjadi stesen terakhir yang perlu meletakkan bas tersebut supaya berada di parking yang tepat pada hemahnya. Yang pasti destinasi ke Johor Baharu akan tetap ditujui oleh pemandu ini walau apapun berlaku dan Pagoh atau Sembrong mungkin menjadi stesen sesuai untuk diletakkan bas tersebut. Yang paling penting bagi pemandu ini bas sudah sampai di Johor Baharu🚌🚍🚎

Ada yang kata kumpulan penumpang yang ingin melencong ke Kelantan masih gagal dikenalpasti destinasi semasa mereka. Manakala kumpulan yang dalam dilema utk pulang ke Perlis atau teruskan ke selatan dikenalpasti berada di salah satu Daerah di Negeri Johor. 🙄🤔😔

Cuma menjadi kehairanannya sepanjang jalan yang bas ini lalu, pasti jalan itu akan ditutup daripada digunakan oleh orang ramai. Pendek kata menyusahkan orang ramai tak boleh nak pakai jalan tersebut. Walau apapun keadaannya, didoakan semoga kedua-dua kumpulan penumpang dan pemandu ini selamat tiba ke destinasi masing-masing dan teruskan kehidupan di destinasi baru yang dipilih dengan lebih baik dan yang lebih penting semua yang terlibat perlu REDHA❤️Pada masa sama didoakan semoga jalan untuk orang ramai dibuka semula dan seterusnya melancarkan perjalanan semua orang. Cumanya kalau boleh lain kali tidak perlulah kumpulan penumpang ini dan pemandunya melakukan jelajah seperti ini lagi kerana dikhuatiri akan menyusahkan orang ramai lagi🛣️🗾🎠

Dipetik dari Facebook Azli Daud 

(Visited 265 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button