Nasional

Lagi kes kemalangan libatkan pemandu mabuk, kali ini babitkan lima kenderaan

SEBANYAK lima buah kenderaan terbabit dalam kemalangan dan berpunca daripada seorang wanita warga asing yang memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku di Jalan Bunga Mawar 5A, Taman Muda, Ampang pada kira-kira pukul 11 malam semalam.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh seorang wanita warga asing yang berusia 54 tahun dan berada di bawah pengaruh alkohol.

“Ketika tiba di Jalan Bunga Cempaka 2, suspek telah hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta jenis Mazda yang diparkir di bahu kiri jalan.

“Saspek kemudian telah mengundurkan keretanya lalu telah melanggar kereta jenis Honda City yang diparkir di bahu kanan jalan tersebut.

“Akibat perlanggaran tersebut, kereta jenis Honda City telah teranjak ke hadapan dan melanggar kereta jenis Chevrolet yang diparkir di hadapan kereta Honda City itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, suspek kemudian telah memandu ke arah Jalan Bunga Mawar 5A sebelum sekali lagi hilang kawalan dan melanggar kereta jenis Proton Saga di kanan jalan dan sebarang tiang lampu.

Ujarnya, suspek kemudian telah mengundurkan keretanya hingga terhenti di dalam garaj yang terdapat di tepi kiri jalan.

“Ujian kandungan alkohol mendapati suspek berada dalam keadaan mabuk dan melebihi daripada kandungan alkohol yang ditetapkan.

“Suspek kini telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda sebanyak RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 10,000 dan boleh juga dipenjara selama tidak melebihi 12 bulan,” katanya.

Tambahnya, saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah binti Abdul Rahim di talian 012-4401093. -SM

(Visited 446 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button