Hiburan

Suka duka, tawa dan air mata anak seni minggu ini

BUAT julung kalinya SUARA MERDEKA menyorot kisah dunia hiburan tanah air yang disulami dengan pelbagai kisah suka duka.

Umpama menaiki permainan roller-coaster, macam-macam tragedi yang berlaku terhadap selebriti tanah air kita yang boleh dijadikan tauladan kerana golongan artis juga adalah insan yang sama seperti kita.

Artis dan keluarga mereka juga berhadapan dengan cabaran dalam kehidupan dan perlu meneruskan hidup dengan mengharapkan sinar kebahagiaan selain daripada kejayaan dalam bidang seni yang diceburi.

Minggu ini, Suara Merdeka rangkumkan lima kisah terhangat yang menjadi bahan bualan netizen; daripada cetusan rasa suka, geram sehinggalah kepada perkhabaran duka yang meruntun jiwa.

Alessandra Dianne Ampuriam pulang ke rahmatullah

Peserta program Big Stage yang sedang disiarkan di Astro ini terlibat kemalangan ketika sedang dalam perjalanan untuk ke raptai persembahan di Putrajaya.

Namun, ketika dalam perjalanan itu, dia telah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada 5 September lalu.

Sandra kemudian berada dalam keadaan koma selama lima hari sebelum meninggal dunia pada 11 September lalu dan jenzah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Perkuburan Islam Kampung Kauluan.

Ramai yang menyatakan rasa duka dengan pemergian Sandra yang disifatkan sebagai penyanyi dengan vokal yang hebat.

Namun, ada juga yang cuba meraih populariti dengan mengeluarkan kenyataan berniat jahat terhadap peribadi arwah.

Ibu Sandra bagaimanapun menyatakan rasa kesal dengan kenyataan jahat itu.

Apa-apa pun, kita doakanlah supaya pemergian arwah Sandra diredhai Allah dan ditempatkan bersama golongan beriman.

Tangisan Siti Sarah

Kisah penyanyi Siti Sarah ini sebenarnya perlu menjadi iktibar kepada semua lapisan masyarakat supaya tidak menjadikan fizikal atau keterampilan seseorang sebagai bahan jenaka ketika bersembang.

Apa yang berlaku kepada Sarah juga sebenarnya tidak disengajakan dan isteri kepada Shuib Sepahtu itu juga sebenarnya tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina pun.

Semuanya berlaku ketika dia berada bersama seorang pendandan rambut popular dan sedang mempromosikan produk pengajaan rambut di salun tersebut.

Namun Sarah ketika bersembang itu telah menyebut rambut orang asli yang kemudian tular di laman sosial dan disifatkan sebagai penghinaan terhadap orang asli.

Bagaimanapun, satu kenyataan maaf telah dikeluarkan dan Sarah juga telah memohon maaf kepada wakil orang asli di Batu 12, Gombak baru-baru ini.

Apa pun terjadi, perkara sudah berlalu. Jadi, kisah Sarah ini perlu dijadikan iktibar. Tahniah juga buat Sarah kerana berani tampil bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

Kisah faraid harta arwah Abam Bocey selesai

Pening sebenarnya nak mengikuti kisah keluarga arwah Abam dan balunya, Nor Hidayah yang sedang menguruskan harta milik arwah Abam.

Tambah pening bila ada pula tindakan saman menyaman melibatkan kedua-dua pihak. Namun Hidayah baru-baru ini menafikan yang dia menyaman ibu mentuanya itu.

Apa pun, status terbaharu kes melibatkan harta arwah Abam ini menurut Nor Hidayah telah pun diselesaikan di mahkamah.

Bila ditanya bagaimana proses itu diselesaikan, Nor Hidayah enggan memberitahu walaupun secara kasar sahaja.

Harta dan keluarga ini bukanlah sesuatu yang baharu. Banyak sudah kes yang dilaporkan sebelum ini sehingga ada yang putus saudara.

Harapnya kisah harta pusaka arwah Abam ini kita jadikanlah tauladan dan bincang secara elok. Jika perlu tunggu, kita tunggu. Janganlah tergesa-gesa nak harta.

Obses betul dengan Wan Emir, Mira Filzah

Minggu lalu juga berlangsungnya perkahwinan diantara pelakon dan pengacara, Mira Filzah bersama suaminya, Wan Emir.

Namun, disebalik kisah perkahwinan itu, ramai golongan wanita yang melihat gerak geri Wan Emir pada malam itu.

Malah, ada yang menganggap setiap tindak tanduk Wan Emir pada malam itu sangat romantis.

Tidak hanya itu, ada juga yang obses dengan perkahwinan pasangan tersebut sehingga menjadikan gambar mereka sebagai gambar hiasan di telefon.

Obses betul nampaknya segelintir individu dengan pasangan ini.

Memang tidak salah untuk obses. Buatlah apa sekalipun cuma janganlah sampai ada yang membandingkan perkahwinan mereka dengan orang lain.

Bila wujud sahaja perbandingan, pasti akan ada yang terseksa dan itu akan menaniaya diri sendiri sahaja.

Anak gadis Nora Ariffin bercumbuan

Satu lagi kisah yang panas dalam dunia hiburan ialah kisah anak kepada penyanyi Nora Ariffin yang tular di laman sosial kerana bercium dengan seorang remaja lelaki.

Tindakan yang diambil Nora sebenarnya sangat terpuji. Dia tidak menyalahkan sesiapa dan menganggap apa yang berlaku itu sebagai dugaan dan dia redha.

Malah, dia pula yang tampil meminta maaf di atas apa yang berlaku kepada anaknya.

Khabarnya kedua-dua pihak iaitu keluarga Nora dan keluarga remaja lelaki itu sudahpun bertemu dan berbincang.

Cuma untuk netizen, jangalah diperbesarkan lagi isu ini kerana kedua-dua mereka sudah pun bersua muka.

Setiap kata-kata terutamanya negatif yang dikeluarkan netizen sebenarnya boleh mempengaruhi lagi emosi keluarga itu. – SM

(Visited 422 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button