fbpx
Bola SepakSukan

Sterling berdepan risiko dijangkiti Covid-19

RAHEEM Sterling berdepan risiko dijangkiti coronavirus setelah berpesta dengan Usain Bolt, sebelum pelari pecut itu diuji positif.

Bintang Manchester City, Sterling, 25, yang namanya dijangka diumumkan dalam skuad England, hari ini, menjelang aksi menentang Iceland pada 5 September, dilihat bergambar bersama Bolt pada ulang tahun kelahirannya yang ke-34 di Jamaica, Jumaat lalu.

Sebuah video memaparkan para tetamu sedang menari rapat antara satu sama lain, tanpa memakai topeng dan mengabaikan penjarakkan sosial.

Stesen radio di Jamaica mendakwa, legenda Olimpik, Bolt telah diuji positif Covid-19.

Beberapa jam selepas itu, Bolt telah memuat naik sebuah video dalam media sosial yang menyatakan dia kini mengasingkan dirinya selepas mengambil ujian, walaupun bekas pelari pecut itu tidak mengesahkan sama ada keputusan yang diambilnya positif ataupun sebaliknya.


Sumber rapat dengan Sterling berkata: “Raheem berada dalam keadaan sihat dan dia tidak pula menunjukkan simptom Covid-19.

“Tetapi, dia telah berhubung dengan pakar perubatan Manchester City dan England.”

Isu virus tersebut ternyata meninggalkan igauan buruk kepada pengurus England, Gareth Southgate.

Hari ini, Southgate akan mengumumkan Sterling di dalam senarai skuadnya untuk perlawanan Liga Negara-Negara Eropah di Iceland dan aksi kedua di Denmark, tiga hari berselang.

Namun, Sterling perlu melepasi ujian Covid-19, sebelum dia dibenarkan menyertai rakan sepasukannya yang lain. Senarai skuad 25 pemain dijangka berkumpul, Ahad ini sebelum memulakan latihan menjelang perlawanan tersebut.

Satu sumber berkata: “Gareth kini dilanda pening kepala. Raheem adalah tonggak pasukan, tetapi dia kini terpaksa menanti keputusan pakar perubatan bagi memastikan pemain itu benar-benar selamat menyertai pasukan.

“Dia akan diuji secepat mungkin, tetapi semua orang tahu ia akan mengambil masa selama 14 hari untuk simptom mula kelihatan. Skuad England pula akan berkumpul dalam tempoh tidak sampai seminggu.”

Sterling yang dilahirkan di Jamaica, terbang pulang ke negara itu selepas City tewas pada suku akhir Liga Juara-Juara.

Pada setiap musim panas, dia akan meluangkan masanya bertemu dengan sahabat-handai dan saudara-maranya di negara kepulauan tersebut. – The Sun UK – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button