Sukan

Bosan! Pasukan gergasi bertembung mesti seri

Para peminat pasukan Arsenal dan Machester United pastinya bosan kerana terpaksa menatap keputusan seri 0-0.

Itulah Liga Inggeris jika pasukan gergasi bertembung keputusannya sering tanpa jaringan dan kejutan hanya akan berlaku apabila pasukan kecil bertembung dengan pasukan gergasi.

Entah apa badi liga ini, itulah tabiatnya menyebabkan ramai yang malas untuk berjaga hinga dini hari semata-mata untuk menyaksikan permainan yang membosankan.

Biasanya permainan berhati-hati kedua-dua pasukan atau salah satu pasukan menjadi punca kepada rentak hambar yang dipamerkan.

Melihatkan senarai pemain kita sudar sedar bahawa Arsenal bermain dengan berhati-hati dengan memberi tumpuan kepada barisan tengah dan pertahanan.

Manakala United yang sedang berada di kedudukan kedua liga tampil dengan kesebelasan terbaik, dengan nawaitu untuk mengejar tiga mata dan mengikut rapat Manchester City yang berada di puncak liga dengan kelebihan empat mata.

 

(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button