Jenayah

Status FB akibatkan kereta dibakar

STATUS Facebook sememangnya boleh mengundang rasa tidak puas hati malah boleh menyebabkan pergaduhan.

Di Bandar Kinrara, Selangor sebuah kereta dibakar disebabkan kerana selisih faham berkaitan hantaran di Facebook (FB).

Kejadian itu menyebabkan lima orang ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Menjelaskan insiden itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pergaduhan itu membabitkan empat lelaki dan seorang wanita.

Pihaknya menerima maklumat pada 4 petang selepas salah seorang lelaki menggunakan seketul batu dan bertindak merosakkan serta memecahkan cermin kereta Proton Waja yang parkir di bahu jalan.

Suspek yang dalam keadaan marah turut menjerit dan membuat provokasi malah kereta terbabit turut dipecahkan lampu serta cermin belakang.

“Kejadian itu juga tular di media sosial FB di mana terdapat empat video berdurasi seminit 30 saat, seminit 26 saat, seminit 15 saat dan 47 saat.

“Seterusnya, pihak polis mengambil tindakan dengan menahan suspek terbabit sebelum turut menahan seorang lagi lelaki dan wanita bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya pergaduhan itu tidak terhenti begitu sahaja sebaliknya berlarutkan ke malam apabila seorang lelaki datang dan membakar kereta yang telah dirosakkan pada sebelah siang.

“Hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang mengaku membakar kenderaan terbabit.

“Selain itu, seorang lagi lelaki yang juga pemilik kenderaan terbabit turut ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.

Beliau berkata, kejadian difahamkan berpunca daripada pergaduhan dan perselisihan faham yang berlarutan berkenaan pelbagai hantaran dimuat naik di FB dan kesemua suspek yang ditahan itu berusia 36 hingga 42 tahun.-SM

 

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button