Jenayah

Nor Aqilah sudah sedar dari koma

Tragedi empat sahabat tertidur dalam kereta, keracunan hidu karbon monoksida

MANGSA terakhir yang terlibat dalam keracunan karbon monoksida sewaktu empat sahabat tertidur di dalam kereta semasa berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth, Pulau Pinang telah sedar daripada koma.

Tragedi sedih itu berlaku pada Rabu lepas dan mangsa yang sudah sedar daripada koma, Nor Aqilah Mohd. Safwan, 21, dilaporkan semakin stabil.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd. Samad berkata, selepas seminggu Nor Aqilah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, dia sudah sedar dan semakin stabil.

“Polis menerima maklumat bahawa Nor Aqilah sudah sedar dan mangsa juga dikatakan mengeali ahli keluarga yang datang melawatnya.

“Dia juga telah memberi tindakbalas (respons) dengan menganggukkan kepala sebagai tanda mengenali mereka (ahli keluarga),” katanya.

Dalam kejadian, tiga sahabat, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Mohd. Safwan meninggal dunia kerana keracunan karbon monoksida. Nor Aqilah pula, berada dalam keadaan krtikal dan koma.

Keempat-empat mereka sebaya, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan parkir kereta di stesen minyak Sama Gaah kerana dipercayai keracunan karbon monoksida selepas mereka tertidur di dalam kereta semasa berehat dalam keadaan engine kereta tidak dimatikan dan kesemua tingkap ditutup.

Kesemua mereka adalah pelajar di sebuah kolej swasta di Batu Caves, Selangor dan dikatakan telah singgah di lokasi kejadian untuk berehat pada kira-kira pukul 8.30 malam selepas Nor Aqilah yang memandu kereta jenis Honda Odyssey memaklumkan, dia pening dan muntah.

Mereka pada ketika itu difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang sempena cuti umum sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu. – SM

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button