Nasional

Dutch Lady sumbang susu kepada TABIKA dan TASKA di Putrajaya

SERAMAI 1,000 orang kanak-kanak dari Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di sekitar Putrajaya akan menerima sumbangan produk susu secara percuma dari syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI).

Program sumbangan susu oleh pihak DLMI ini merupakan sebahagian dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka dalam membantu dan meringankan beban ibubapa yang terkesan akibat pendemik covid 19  yang melanda negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Ramlan Bin Harun berkata setiap kanak-kanak yang dihantar ke TABIKA atau TASKA KEMAS sentiasa menerima nutrisi secukupnya seperti yang digariskan dalam Polisi Dasar Pemakanan Kebangsaan 2.0 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pemakanan sihat adalah sangat penting untuk menggalak tumbesaran dan perkembangan seorang kanak-kanak itu. Masalah kekurangan zat makanan dan pengambilan zat makanan yang tidakseimbang  ini boleh diatasi dengan adanya program Bantuan Makanan Tambahan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan”.

“KEMAS memperuntukkan hampir RM124 juta pada tahun 2021 melalui program Bantuan Makanan Tambahan  bagi memastikan anak-anak yang berada di seluruh TABIKA dan TASKA KEMAS dibekalkan makanan yang sihat dan seimbang seperti susu dan sebagainya”.

“Kita sangat berterima kasih pada pihak DLMI kerana sentiasa menyokong program yang dianjurkan oleh pihak KEMAS melalui sumbangan hadiah, penyediaan booth pameran, khidmat nasihat mengenai kepentingan susu dan sebagainya dalam program Hari Potensi KEMAS  serta seminar kesihatan yang dianjurkan oleh KEMAS.” Ujar Ramlan lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media hari ini sempena Majlis Flag Off Program Sumbangan Produk Susu Dutch Lady Milk Industries Berhad di Lobi Utama Kementerian Pembangunan Luar Bandar Putrajaya.

DLMI menjadi sebahagian dari rakan strategik KEMAS sejak tahun 2019 lagi . DLMI  telah menyumbang sebahagian dari hadiah kepada kanak-kanak yang menyertai pertandingan bakat anjuran KEMAS yang dikenali sebagai Hari Potensi KEMAS yang diadakan pada setiap tahun.

Bagi kami, kerjasama awam-swasta KEMAS dan DLMI ini bukan sahaja satu manifestasi nilai “Bersepakat dan bersatu dalam menghadapi cabaran” di bawah konsep Keluarga Malaysia, malah ia amat bersesuaian dengan tujuan murni DLMI sejak mula bertapak di negara tercinta ini lebih setengah abad yang lalu dalam membawa misi untuk Mengkhasiatkan Nusa dan Bangsa demi memenuhi semangat sebuah Keluarga Malaysia yang cergas, cerdas dan berdaya maju yang kita sayangi dan hargai semenjak dulu, kini dan selamanya” ujar Pengarah Pemasaran DLMI, Puan Zatur Hassim.

Antara kerjasama strategik yang turut dilaksanakan oleh syarikat program DLMI bersama KEMAS adalah:

  1. Program Seminar Kesihatan KEMAS Tahun 2019 – Menyumbang 500 pek susu dan Pameran Produk Dutch Lady
  2. Sumbangan kepada semua peserta Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan dan Negeri Tahun 2020 dan 2021
  3. Menaja sejumlah 250 hadiah kepada peserta Larian Virtual Program Webinar Kesihatan KEMAS Tahun 2021

DLMI turut bercadang  memberi tawaran harga istimewa berbanding dengan harga di pasaran mengenai  produk susu Dutch Lady kepada pihak TABIKA dan TASKA KEMAS menerusi kaedah promo kod yang boleh diperolehi menerusi laman jualan secara Dalam Talian di Shopee selain aktiviti-aktiviti yang mempunyai faedah bersama pada masa yang datang. – SM

(Visited 523 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button