JenayahNasionalNegeri

Mayat lelaki ditemui busuk di ruang tamu rumah

BAU busuk yang datang dari arah sebuah rumah akhirnya telah membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki.

Secara kebetulan ia telah dikesan oleh seorang yang datang untuk meracun rumput di luar pagar kawasan rumah berkenaan sehinggalah beliau menghidu bau sesuatu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Ahmad Mohsin Md Rodi memberitahu, pihaknya telah menerima laporan penemuan mayat lelaki Melayu ini pada pukul 6.18, petang semalam yang didapati telah meninggal dunia di ruang tamu rumahnya di Jalan Ngulang Mata Ayer, Perlis.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Hairee Mohamad Radzi, 40, seorang peniaga.

Katanya, mangsa tinggal seorang diri di rumah tersebut dan tidak berkahwin.

“Anggaran tempoh kematian mangsa adalah lebih kurang tiga minggu lalu,” katanya.

Katanya, keadaan fizikal mangsa dan keadaan rumah tersebut juga tidak menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah yang dapat dikesan.

“Tiada sebarang kesan pergelutan mahupun kesan pecah masuk ke dalam rumah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau memberitahu, semua pintu rumah dalam keadaan berkunci semasa pihak polis tiba di lokasi.

Katanya, kes ini diklasifikasi sebagai kematian mengejut.

Katanya, mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar bagi menjalankan bedah siasat hari ini bagi mengenalpasti punca kematian. – SM

BACA Dua mayat berbungkus kanvas ditemukan di tepi jalan

(Visited 363 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button