Nasionalpilihan

SPRM tidak akan tahan Dr. Mahathir

“Itu tidak lagi. Kita tidak berhasrat untuk tahan beliau,” itu jawapan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika ditanya sama ada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan ditahan.

Ketika ditemui pemberita selepas Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Putrajaya hari ini, Azam berkata, pihaknya tidak lagi berhasrat untuk menahan Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.

Namun katanya, siasatan terhadap bekas perdana menteri itu masih berjalan.

Pada 25 April lalu, Azam berkata bekas ahli parlimen Langkawi itu adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Malah kedua-dua anak Dr. Mahathir, Mirzan dan Mohkzani juga diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Pada 18 Januari lalu, SPRM meminta kedua-dua mereka, mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Mokhzani pula disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – SM

(Visited 8 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button