Nasional

KFC benarkan semula makan di premis

BAGI penggemar makanan segera KFC, perkhidmatan makan di premis atau dine-in kini dibuka semula di semua restorannya di seluruh negara.

Dalam kenyataannya hari ini, KFC memaklumkan, pembukaan semula perkhidmatan itu disertakan dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) termasuk jarakan sosial.

“Kini pelanggan boleh mengalami semula suasana ceria di restoran KFC berserta aroma ayam goreng baru masak yang menyelerakan.

“Bersempena pembukaan semula perkhidmatan makan di premis ini, KFC melancarkan video parodi khas untuk pelanggan,” kata kenyataan itu lagi.

 

Untuk menonton video berkenaan, pelanggan boleh melayari  https://www.youtube.com/watch?v=kbn0y8EZfr0&feature=youtu.be dan www.kfc.com.my/LayanPlaylist untuk mendengar senarai lagu.

Dalam pada itu, pelanggan tetap dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan “Contactless Delivery” yang membolehkan pesanan dihantar terus ke rumah atau  “Contactless Self-Collect” untuk pesanan diambil sendiri di premis. – SUMBER BERNAMA-SM

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button