Alam Sekitar

Spritzer sumbang 30,000 botol air mineral kepada mangsa bencana banjir

 

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Pengeluar air mineral semulajadi terkemuka, Spritzer menyumbang 30,000 botol air mineral kepada mangsa banjir kilat di Utara Semenanjung.

Spritzet kali ini menyampaikan sumbangan dengan menghantar air botol kepada mangsa banjir kilat yang memerlukan sumber air minuman bersih dan selamat berikutan hujan lebat, baru-baru ini.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, lebih daripada 30,000 botor air mineral semula jadi telah dihantar kepada mangsa banjir Gurun dan Yan di Kedah dan Alor Pongsu di Perak yang mana kediaman mereka telah rosak akibat banjir, dengan sebilangan penduduk di kawasan terbabit telah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir.

“Kami mengambil inisiatif ini dengan membekal dan menyumbangkan air minuman bersih untuk petugas penyelamat, terutama di kawasan yang terjejas teruk akibat dilanda banjir kilat, selain itu mangsa tidak mempunyai akses kepada air minuman yang penting untuk hidrasi dan bagi memastikan kebersihan diri sepanjang masa”, kata Spritzer.


Spritzer memperolehi sumber air mineral yang kaya dengan silikon daripada persekitaran yang selamat di Taiping, Perak dengan dikeliling oleh hutan hujan tropikal yang berusia lebih daripada 200 juta tahun.

Air mineral yang kaya dengan silikon juga telah didapati bermanfaat untuk kesihatan dan membantu mengurangkan atau melupuskan toksin aluminium di dalam badan.

(Visited 23 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button