Alam SekitarBanjirNegeri

40 mangsa banjir kilat di Alor Gajah ditempatkan di PPS

BANJIR kilat yang melanda daerah Alor Gajah, Melaka menjejaskan 40 mangsa dan terpaksa dibuka satu pusat pemindahan sementara (PPS). Kawasan alor Gajah dinaiki air susulan hujan lebat yang melanda daerah itu sejapk pukul 3 petang sekalam.

Antara kawasan yang dilanda banjir kilat ialah Taman Bukit Beruang, Melawis, Batu Hampar Peringgit, Malim Jaya, Hang Tuah Mall, Kampung Hulu, Kampung Sungai Putat, Kampung Morten, Kampung Chetti dan Empangan Klebang.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka, Cuthbert John Martin berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal kini menempatkan seramai 40 orang mangsa banjir terdiri daripada 11 keluarga yang terjejas.

“PPS dibuka pada pukul 9 malam tadi selepas lebih empat kawasan di daerah Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat.

“Kawasan tersebut antaranya Kampung Bukit Tambun, Kampung Balai, Kampung Jeram dan Kampung Taboh Naning,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Sementara itu, sebanyak 14 kawasan di daerah Melaka Tengah turut terjejas ekoran banjir kilat namun setakat ini, tiada PPS dibuka.

Di daerah Jasin pula, hanya sebuah kawasan iaitu Lubuk Kasau dilaporkan terjejas akibat hujan lebat yang melanda kawasan itu. – SM

 

(Visited 466 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button