Alam SekitarRencah Hidup

Halo prihatin bersihkan pantai Tanjung Harapan

HARI Pembersihan Sedunia pada 18 September 2021 akan menyatukan lebih daripada 20 juta orang di 180 negara.

Pada hari itu nanti, sukarelawan dan NGO di seluruh dunia akan berkumpul untuk membersihkan sampah dari bumi kita seperti di sekitar pantai, sungai, hutan, dan jalan-jalan.

Bagi tahun 2020, hari pembersihan dunia ini telah dilaksanakan pada 19 dan 26 september 2020. Di Malaysia, Pertubuhan Amal Halo Prihatin telah bekerjasama dengan IMPACTLUTION dan beberapa NGO lain untuk menjayakan program ini.

Seramai lebih 70 orang sukarelawan telah turut serta dalam menjayakan misi pembersihan persisir pantai dan kaki lima di Tangjung Harapan, Klang.

Sepanjang 1.5 kilometer, para sukarelawan telah mengumpulkan pelbagai jenis sampah buangan seperti plastik makanan dan minuman, straw, putung rokok, botol, tayar, kaca, tin-tin minuman dan pelbagai lagi.

Presiden Halo Prihatin, Mohd Shukri memaklumkan tujuan utama program itu dibuat dengan kerjasama NGO lain adalah untuk menjaga keindahan alam sekitar yang telah tercemar dengan sisa-sisa diitinggalkan manusia.

Selain itu Halo Prihatin ingin mengumpulkan dan menjalinkan hubungan kerjasama dengan NGO lain untuk program-program di masa hadapan.

Sementara Pengurus halo Prihatin, Arham Azmi, memaklumkan tujuan program membersihkan pantai Tanjung Harapan ini adalah untuk mengenalpasti jumlah sampah terkumpul dan ditinggalkan dengan cara mengaudit setiap sampah yang dikutip oleh sukarelawan.

MOHD. SHUKRI

“Daripada audit ini, kita akan dapat kenal pasti jenis sampah yang sering di buang dan ditinggalkan oleh manusia sekitar.

“Data ini akan diserahkan kepada IMPACTLUTION iaitu badan yang bertanggungjawan merekod dan menyimpan data-data ini untuk tujuan penambahbaikkan ekosistem kehidupan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Program yang berlangsung selama 2 jam 30 minit ini telah mengumpulkan sejumlah 81.85 kilogram sampah yang mana ia terdiri daripada plastik (375), bekas makanan (114), penutup botol (557), botol (692), tin minuman (137).

Hari Pembersihan Sedunia ini telah meletakkan keindahan alam sekitar dengan kerjasama dan kolaborasi.

Ia mampu membangunkan jambatan perhubungan antara masyarakat yang terdiri dari bangsa yang berbeza termasuk semua lapisan masyarakat. – SM

(Visited 480 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button