fbpx
Jenayah

Sorok dadah dalam mainan pun kantoi

SEBELUM ini botol minuman dan bungkusan serbuk teh antara yang sering dijadikan bahan untuk aktiviti menyeludup dadah.

Tidak mahu menggunakan taktik sama, lelaki berusia 24 tahun cuba menyeludup masuk dadah seberat 480 gram ke dalam negara menerusi khidmat penghantaran.

Tindakan yang dianggap bijak itu ternyata gagal mengaburi mata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hingga membawa kepada penahanan suspek yang bekerja sebagai penyelia gedung pakaian di Persiaran Gurney, George Town pada Isnin lalu.

Bernama melaporkan, Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) JKDM, Datuk Johari Alifiah berkata, pihaknya sebelum itu mendapat maklumat berkaitan bungkusan mencurigakan yang dihantar dari Amerika Syarikat.

“Kita kemudian mengesan penerima menerusi syarikat kurier tersebut dan berjaya mengesan penerimanya.


“Hasil pemeriksaan berjaya menemukan 480 gram ganja yang bernilai RM4,800,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai telah beberapa kali membeli dadah dari luar negara dengan menggunakan taktik itu sebelum mengedar bahan terlarang terbabit kepada pelanggannya di sekitar negeri ini. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button