Jenayah

Mujur Dicurigai Orang Awam, Usaha Penculikan Kanak-Kanak 7 Tahun Gagal

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun berdepan detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki yang mempunyai masalah psikiatri.

Kejadian itu berlaku di hadapan restoran makanan segera di Taman Kota Masai Pasir Gudang Johor dan rasa curiga orang awam menyelamatkan keadaan.

Siasatan awal mendapati ketika kejadian kanak-kanak itu berjalan dari Sekolah Agama Taman Scientex dan suspek mempelawa mangsa menumpang motosikal untuk dihantar pulang.

@suaramerdekamy

Mujurlah orang awam nampak!

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

Bagaimanapun orang ramai yang menyaksikan perbuatan lelaki itu menghalang sebelum menangkapnya serta menghubungi polis bagi tindakan lanjut.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada 11.30 pagi daripada orang awam.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 3 6 3 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda.

(Visited 680 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button