Jenayah

Pemandu mabuk langgar orang

SUDAH banyak kali kes pemandu mabuk langgar orang disiarkan media dan seperti tidak diendahkan, masih ada lagi kes-kes begini.

Terbaharu, seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan selepas memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.44 malam semalam.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki sebelah kiri dan telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut.

“Hasil ujian pernafasan terhadap suspek mendapati dia berada di bawah pengaruh alkohol dan melebihi daripada yang telah ditetapkan semasa memandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek yang juga seorang pemandu teksi telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 45(A) 1 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -SM

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button