fbpx
Politik

Sokongan ahli Parlimen lebih daripada mencukupi -Anwar


Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang lebih daripada mencukupi bagi membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun Presiden PKR itu menyatakan perkara berkenaan perlu menunggu ihsan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat makluman berikutnya.

“Apakah jumlahnya cukup? Itu lebih daripada mencukupi kerana ini dalam ruang yang terbuka.

“Yang lain itu, seperti mana yang saya sebut, saya hanya mampu menyampaikan dan akan menyusuli dengan Yang di-Pertuan Agong dan tidak sebelumnya.

“Bagi saya, kalau tanya sekarang jumlah mencukupi. Tetapi kena tunggu ihsan dan budi bicara Tuanku untuk mendapat maklumat berikutnya,” kata Anwar.


Beliau menjawab soalan daripada Felo Majlis Prosefor Negara, Dr Muhammad Asri Mohd Ali dalam Program Bicara Negarawan bertajuk ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Dr. Muhammad Asri sebelum itu bertanya kepada Anwar mengenai bilangan sokongan sebenar yang telah diperolehi oleh beliau untuk mengambil-alih kerajaan daripada Perikatan Nasional.

“Pada bulan 10 yang lalu kita tahu Datuk Seri telah menghadap Agong dan polimik yang besar telah timbul. Dan Datuk Seri mengeluarkan kenyataan bahawa telah mempunyai kerusi.

“Persoalannya bila bilangan kerusi ini nak cukup dan bagaimana caranya. Adakah bekerjasama dengan parti tertentu. Boleh jelaskan,” tanya Dr. Muhammad Asri.

Soalan tersebut disambut dengan gelak oleh Anwar. “Itu soalan yang berupa sindiran,” kata Anwar sambil tergelak sebelum memberikan jawapan yang lebih panjang.

Jelasnya, permintaan beliau agar ahli Parlimen menghantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini mendapat sokongan lebih daripada majoriti bilangan ahli Parlimen.

Anwar berkata, seramai 115 ahli Parlimen telah menyambut permintaannya dengan menghantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan darurat dan pengantungan Parlimen.

“Kalau lihat yang mukthir, memohon ihsan dan kebijaksakaan Yang di-Pertuan Agong untuk menimbang semula pertama soal darurat, kedua memanggil sidang Parlimen dalam kadar segera.

“Itu sudah kita mencecah 115 ahli Parlimen yang menolak usul kerajaan Perikatan Nasional. Ini tidak boleh disangkal.

“Yang ternyata sekarang dan tidak boleh disangkal adalah jumlah setakat ini yang menolak pandangan PN darurat, pengantungan Parlimen ini ditolak oleh majoriti ahli Parlimen,” kata Anwar.

Turut sama dalam bicara berkenaan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose.-SM

 

 

(Visited 126 times, 1 visits today)


Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668
Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button