NasionalNegeri

Kakitangan KUIPs kesan RM4,000 semak wang tidak dituntut

Sebahagian kakitangan dan pelajar KUIPs yang hadir bagi mendengar dan mengunjungi kaunter Perancangan Harta Pusaka dan BWTD. – Gambar Ihsan KUIPs

SEORANG kakitangan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) berjaya mengesan wang miliknya sebanyak RM4,000 semasa membuat semakan di Kaunter Bahagian Wang Tidak Dituntut (BWTD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis di Auditorium universiti ini, hari ini.

Bendahari KUIPs, Khairul Anuar Razak berkata, jumlah tuntutan itu merupakan tuntutan tertinggi semasa kalangan kakitangan KUIPs membuat semakan.

“Kaunter BWTD yang dibuka bukan sahaja memberi peluang kepada kakitangan dan pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan bagi mengesan wang masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, semakan boleh dibuat melalui nombor kad pengenalan mereka malah mereka juga boleh mendapatkan maklumat untuk ahli keluarga juga,” katanya.

Kakitangan KUIPs membuat semakan di Kaunter Bahagian Wang Tidak Dituntut (BWTD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis di Auditorium KUIPs hari ini. – Gambar Ihsan KUIPs

Beliau berkata, sekaligus membuatkan masing-masing yang berjaya dengan tuntutan ini tersenyum lebar kerana tidak menjangka akan mendapat “rezeki terpijak”.

Lebih 100 kakitantan dan pelajar universiti ini hadir bagi mendengar dan mengunjungi kaunter Perancangan Harta Pusaka dan BWTD yang dianjurkan oleh Jabatan Bedahari dan Jabatan Pendaftar.

“Program yang kita anjurkan ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua kakitangan mendapatkan maklumat terutama dalam pentadbiran harta pusaka secara umum selain dari permasalahan yang dihadapi semasa mentadbir harta pusaka,” ujarnya ketika ditemui selepas program itu.

Bendahari KUIPs, Khairul Anuar Razak (dua dari kanan) memberikan cederamata kepada wakil Perancangan Harta Pusaka dan BWTD. – Gambar Ihsan KUIPs

Khairul Anuar menambah melalui program ini diharap kakitangan lebih memahami tentang pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid dan Akta Pembahagian 1958.

Tambahnya, diharap program yang bermanfaat ini dapat diteruskan pada masa hdapan dengan melibatkan pelbagai agensi lain nanti. – SM

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button