Politik

Sokong Anwar: Takkan Pejuang pula nak terhegeh-hegeh

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak akan terhegeh-hegeh menawarkan sokongan 18 ahli Parlimennya kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Anwar mungkin memandang rendah terhadap sokongan ahli Parlimen Pejuang untuk membolehkannya mendirikan kerajaan baharu.

Katanya, setakat ini Presiden PKR itu tidak mempelawa Pejuang untuk berbincang bagi mengambil alih kerajaan.

“Mungkin jumlah 18 (kerusi Parlimen) itu dianggap kecil apabila Anwar menyebut kumpulan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak termasuk dalam jumlah sokongan yang beliau ada.

“Takkan kami pula nak terhegeh-hegeh tawar 18 kerusi yang ada sedangkan orang itu (Anwar) pun macam tak sudi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi ahli panel bagi program memperingati bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak bersama anak Allahyarham, Ahmad Faiq Azizan di sini malam tadi.

Tiga hari lalu Anwar mendakwa mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Anwar mendakwa, sokongan Ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Menurut Mukhriz, Anwar juga perlu membuktikan bahawa beliau telah memiliki majoriti menyakinkan untuk membentuk kerajaan.

Jelas Mukhirz, penafian demi penafian yang dibuat oleh ahli Parlimen UMNO bahawa mereka menyokong Anwar menimbulkan banyak pertanyaan.

“Ketika ini tersebar nama-nama ahli Parlimen UMNO yang dikatakan akan bersama Anwar tetapi seorang demi seorang telah menafikannya. Sudah tentu perkara ini menimbulkan banyak persoalan,” ujarnya.-SM

 

 

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button