Politik

PM digesa tarik balik ‘pengiktirafan sebahagian’ UEC

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa menarik balik ‘peingktirafan sebahagian’ yang diberikan kepada sijil peperiksaan bersepadu (UEC).

Perkara itu disitatkan bertentangan dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan Perlembagaan Persekutuan.

Undang-undang tersebut dipetik tidak pernah memberikan pengikitrafan kepada sebarang peperiksaan asing selain daripada dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Justeru, ‘pengiktirafan sebahagian’ yang diberikan oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai satu kesilapan besar kepada negara.

“Penggunaan istilah “pengiktirafan sebahagian” itu adalah satu kesilapan besar Pejabat Perdana Menteri.

BACA > Animal Malaysia tawar RM10,000 tangkap pembakar kucing hidup — Suara Merdeka

“Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dengan tegas mendesak Perdana Menteri meminda kenyataan media tersebut dan menarik balik perkataan ‘pengiktirafan sebahagian’.

“Ini kerana Sistem Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah memberikan sebarang bentuk pengiktirafan.

“Iaitu terhadap apa-apa sistem peperiksaan asing yang tidak termasuk dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.”

Demikian kata Naib Presiden Putra, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz, dalam satu kenyataannya hari ini.

Tambah beliau, isu berkaitan UEC pernah mempengaruhi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu apabila meluluskan lepasannya masuk ke Instititut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

“Jadi sekiranya Kerajaan PH terdahulu yang di kuasai oleh DAP telah meluluskan kemasukan graduan UEC ke IPG.

“Ini tidak sama sekali bermaksud Kerajaan Yang Di Pertuan Agung telah memberikan pengiktirafan sebahagian.

“Malah istilah yang tepat hanya memberikan ‘pelepasan bersyarat’ tetapi bukannya ‘pengiktirafan sebahagian’,” ujarnya.

UEC
MOHD. KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ

Dalam pada itu beliau turut mempersoalkan kemasukan lepasan UEC ke IPG dengan kadar 1 peratus kuota atau 20 tempat setahun di institusi itu.

BACA > Henti berlembut dengan MCA – Isma — Suara Merdeka

“Bagaimana mungkin wujud keadaan ‘pengiktirafan sebahagian’ berkenaan dalam situasi hanya untuk kuota 20 tempat setahun di IPG untuk subjek Bahasa Cina di sekolah.

“Ada beribu tempat lagi di IPG untuk puluhan subjek yang lain yang langsung tidak menerima kemasukan luluskan UEC.

“Jadi dari mana Kelayakan utk di katakan polisi itu hanyalah ‘pengiktirafan sebahagian’?

“Sebahagian dari apa kalau ianya sekadar 1 peratus dari keseluruhan kemasukan ke IPGM.

“Kerajaan dulu yang telah tumbang sendiri memang selalu silap kira, silap titik perpuluhan dan 1peratus pastinya bukan sebahagian.

“Jika kenyataan Perdana Menteri ini tidak di perbetulkan, pastinya Dong Zhong bersorak gembira.

“Kerana usaha mereka selama ini telah di akui oleh Perdana Menteri mendapat ‘pengiktirafan sebahagian’ oleh Kerajaan,” katanya.

Terdahulu Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berbubung pengiktirafan UEC.

Kenyataan tersebut menjelaskan, kerajaan pada masa lalu memberi pengiktirafan sebahagian kepada UEC untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina.

Tawaran itu dibuat bagi kemasukan ke IPGM seluruh negara.

BACA > PM tidak pernah nyatakan akan iktiraf UEC – PMO — Suara Merdeka

Bagaiamanapun, Pejabat Perdana Menteri menegaskan, UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan. – SM

(Visited 395 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button