Nasional

SME Bank hulur bantuan banjir kepada pelanggan

SME Bank akan memberikan bantuan kepada semua pelanggan yang terkesan akibat banjir yang melanda negara.

Ketua Jabatan Komunikasi Strategik Kumpulan, Abdul Latiff Puteh berkata, bantuan akan diberikan mengikut keperluan perniagaan pelanggan bagi menjadikan penyaluran bantuan yang lebih berkesan dapat ditawarkan.

Pelanggan yang terkesan boleh menghubungi pegawai perhubungan masing-masing untuk pertanyaan lanjut berkenaan akaun pembiayaan dan yang berkaitan dengannya.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700 atau e-mel ke [email protected]

Tambah Abdul Latiff, sebelum ini SME Bank telah menawarkan pelbagai bantuan kepada pelanggannya melalui program PRIHATIN, PENJANA, PEMERKASA dan PEMULIH yang diumumkan oleh Kerajaan di samping pelbagai program dalaman SME Bank sendiri. – SM


(Visited 106 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button