Luar Negara

Singapura catat 11 kes baharu Covid-19

SINGAPURA melaporkan 11 kes Koronavirus (Covid-19) baharu pada tengah hari ini, termasuk dua dalam kalangan masyarakat negara itu.

Kementerian Kesihatan republik itu dalam makuman hariannya memeberitahu, dariipada jumlah tersebut, empat jangkitan import dikesan ketika mereka tiba di Singapura.

Sementara itu, lima kes lagi pula melibatkan pekerja yang tinggal di asrama.

Catatan kes baharu itu menjadikan jumlah kes Singapura seramai 57,830 orang.

Bagaimanapun, maklumat terkini mengenai perkembangan kes tersebut akan dimaklumkan pada malam nanti.

Dalam pada itu, Channel News Asia melaporkan kerajaan Singapura kini sedang dalam proses untuk menambah laluan hijau bagi memberi kebenaran kemasukan pengunjung dari negara-negara lain.

Langkah itu adalah sebagai strategi bagi merancakkan kembali operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sebagai hab pengangkutan udara negara itu.

Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti termasuk isu keselamatan dan pengurusan risiko.

“Saya minta maaf kepada mereka yang berharap saya akan mengumumkan penyambungan semula perjalanan udara.

“Kita telah melalui beberapa tahap, termasuklah menutup sempadan untuk sampai kepada keadaan stabil pada hari ini, namun kita tidak boleh menyerah.”

Demikian kata Menteri Pengangkutannya, Ong Ye Kung dalam Parlimen Singapura hari ini.

Bagaimanapun, beliau menambah, Singapura mempunyai kemampuan untuk melaksanakan 40,000 ujian sehari menjelang November nanti.

Sehingga kini, kira-kira 27,000 orang di Singapura di saring setiap hari. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button