fbpx
Jenayah

Sembunyi di sebalik batu: 2 PTI berjaya ditahan ATM

Usaha mengesan tekong, saki baki PTI diteruskan

TIDAK pernah serik! Tangkapan demi tangkapan dilakukan namun pendatang tanpa izin (PTI) tetap mencuba ‘nasib’ memboloskan diri masuk ke Malaysia secara haram.

17 Tempat Menarik Di Kota Tinggi | Temui Rahsia Masa Lampau Disini

Walaupun undang-undang sedia ada diperketat namun kemasukan pendatang tanpa izin melalui lorong-lorong tikus sebenarnya memerlukan kerjasama masyarakat setempat untuk menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ pihak penguatkuasa.

Ini perlu untuk membantu mempertingkatkan lagi pihak penguatkuasa tempatan dalam menggagalkan cubaan demi cubaan PTI untuk meloloskan diri mereka.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini berjaya menahan dua PTI warga Indonesia di pesisiran pantai Ladang Sg. Tengah, Kota Tinggi, Johor, awal pagi tadi.


Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Kem Terendak Melaka dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kedua-dua individu PTI itu ditahan pada pukul 6.20 pagi oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) ketika menjalankan Op Benteng.

“Anggota petugas di Pos Pemerhati, Kompeni A, 1 RRD telah mengesan dua individu dipercayai warga asing sedang bersembunyi di sebalik batu besar dengan menggunakan alat bantuan penglihatan malam  (Night Vision Goggles.

“Selain berjaya menahan dua PTI itu, turut dirampas, wang tunai berjumlah RM5,169 dan 3.85 juta rupiah (RM560) serta dua buah telefon bimbit.

“Kedua-dua PTI itu telah pun diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian saringan kesihatan Covid-19,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, pasukan penguat kuasa  terus giat menjalankan pencarian di kawasan sekitar Ladang Sg. Tengah bagi mengesan saki-baki PTI dan tekong yang dipercayai masih berada di kawasan itu. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button