Jenayah

Pemandu lori tetak ahli keluarga dipenjara 15 tahun

MAHKAMAH Sesyen Kota Tinggi, Johor Bahru, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan terhadap seorang pemandu lori atas empat pertuduhan mendatangkan cedera parah terhadap empat ahli keluarganya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Hadi Hashim, 38, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadapnya di hadapan Hakim Norsiah Ujang.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan dua sebatan bagi setiap pertuduhan yang dijalankan secara serentak bermula tarikh tertuduh ditangkap pada 20 April lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata parang panjang terhadap ibu mentuanya, Puasa Yasik, 57.

Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan sama bagi pertuduhan lain membabitkan isterinya, Norwahida Rosli, 33, adik ipar perempuan, Norwadiha Rosli, 32, dan adik ipar lelaki, Mohamad Amirul Iskandar Kamaruzaman, 16.

Dia didakwa melakukan semua perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Siakap 5, Kampung Sedili Kecil, kira-kira jam 7.45 malam pada 14 April lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 326 (A) Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 326 (A) Kanun Keseksaan boleh dipenjara bagi suatu tempoh dua kali ganda dari tempoh maksimum, jika sabit kesalahan. – BERITA HARIAN – SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button