JenayahUncategorized

Boy Iman dan tiga individu lain didakwa di mahkamah menipu festival Raya

Pelakon Boy Iman bersama tiga individu lain, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menipu peniaga festival beli-belah, Hooray X Fest Raya.

Boy iman didakwa di Mahkamah
Boy iman didakwa di Mahkamah

Boy Iman atau nama sebenar, Norul Iman Abdul Rahman, 43, Norazah Sahud, 51, Norzana Rapie, 51, dan Azmi Jantan, 49 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Norelyanna Hanim Abdul Halim.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh yang merupakan penganjur acara itu didakwa menipu seorang wanita iaitu Siti Wardina Basir, 21 dengan memperdayakan mangsa dalam urusan penjualan atau penyewaan tapak perniagaan.

Mangsa telah menyerahkan wang sebanyak RM1,500 dan perbuatan tersebut dilakukan di WTCKL pada 19 April lalu pada pukul 2.34 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button