Jenayah

Perlekeh Hari Jawi, polis tahan 2 lelaki

POLIS telah menahan dua orang lelaki yang memuat naik komen di media sosial memperlekehkan hari Jumaat diumumkan sebagai ‘Hari Jawi’.

Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, kedua-dua lelaki tersebut yang berusia 25 dan 35 tahun telah ditahan semalam dan hari ini.

Mereka telah ditahan di dua lokasi iaitu di Tanjung Rambutan, Perak dan Butterworth Pulau Pinang semalam dan hari ini

“Mereka akan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya kepada Harian Metro.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 10 Julai lalu mengumumkan Jumaat sebagai Hari Jawi.

Ia sebagai usaha mengekal dan memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia.

Bagaimanapun beberapa orang netizen yang tidak bersetuju dengan langkah itu telah membuat beberapa kenyataan menghina dan memperlekehkan usaha itu di laman sosial.-SM

(Visited 285 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button