Nasional

Selepas masjid dibuka, kehadiran jemaah kurang memberangsangkan

BERMULA semalam semua masjid, surau Jumaat dan surau di zon hijau dan kuning di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan telah mula di buka kepada orang ramai.

Jumlah jemaah yang dibenarkan adalah satu per tiga daripada jumlah had kapasiti dewan solat utama masjid yang terlibat.

Sebelum ini ramai yang mengeluh kerana tidak dapat bersembahyang berjemaah di masjid dan surau kerana ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19.

Namun selepas di buka, salah seorang imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya memberitahu kehadiran untuk bersolat jemaah kurang memberangsangkan.

Justeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjemput masyarakat Islam untuk mengimarahkan masjid dan surau yang telah di buka.

“Alhamdulillah genap 100 hari di sini dengan izin-Nya. Saya dimaklumkan sebentar tadi oleh Ustaz Hamdan, salah seorang imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin WP Putrajaya bahawa kehadiran jemaah masjid kurang memberangsangkan. ⁣⁣
⁣⁣
“Bermula semalam, masjid, surau Jumaat dan surau di zon hijau dan zon kuning di Wilayah Persekutuan mula dibuka dengan had kapasiti 1/3 dari jumlah had kapasiti dewan solat utama.
⁣⁣⁣⁣
“Jemput kita imarahkan semula masjid, surau Jumaat dan surau dalam Wilayah Persekutuan bagi yang berhampiran. Pastikan patuhi semua SOP yang ditetapkan.⁣⁣⁣,” kata Zulkifli.

Ketika ini ada negeri yang mengumumkan masjid dan surau dibuka sepenuhnya kepada orang awam dan ada negeri yang masih menghadkan jumlah kehadiran jemaah kepada bilangan tertentu.

Kebimbangan terhadap jangkitan wabak Covid-19 masih lagi ada dalam kalangan masyarakat namun masjid dan surau yang telah beroperasi perlu mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh Kementeri Kesihatan.-SM

 

(Visited 513 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button