Nasional

Portal SPRM bahasa Mandarin bukan baharu, sudah wujud sejak 2013 -SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata portal bahasa pilihan Mandarin sudah dilancarkan pihaknya sejak 2013 lagi.

Menurut kenyataan itu, disebabkan beberapa kekangan seperti kemampuan penterjemahan, portal tersebut terpaksa tidak diaktifkan dan ia mula dilancarkan semula baru-baru ini selepas perkara itu dapat diatasi.

“Yang lebih utama, portal berkenaan adalah bersifat pencegahan, jadi tidak adil jika ia dilihat dari sudut bahasa dan bangsa bangsa semata-mata.

“SPRM juga bukanlah agensi kerajaan pertama yang membuat pilihan bahasa menerusi portal mereka, terdapat juga agensi lain berbuat demikian kerana atas objektif masing-masing,” kata kenyataan itu.

Jelasnya lagi, toleransi dalam kepelbagaian bahasa ini bertujuan agar matlamat memberi kefahaman itu jelas dan mudah difahami.

Tambahnya, selagi Bahasa Melayu diletakkan sebagai bahasa utama, pilihan bagi lain-lain bahasa tidak akan menjadi kesalahan.

SPRM pada Jumaat lalu melancarkan portal dalam bahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu.

Tindakan itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada orang ramai yang beranggapan bahawa setiap rakyat perlu tahu dan faham bahasa Melayu.

Maah, tindakan SPRM itu juga dianggap boleh menyebabkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terus dipinggirkan.

Sementara itu, pagi tadi Ketua Angkatan Pemuda-Pemudi Parti Berjasa (Angkasa) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) hadir ke Ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk menghantar memorandum bantahan kepada suruhanjaya itu. -SM

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button