fbpx
Rencah Hidup

Sedih tabung bantu tiga beradik yatim piatu dijarah senyap-senyap

Selepas ditipu lebih RM25K hasil kutipan derma orang ramai yang dimasukkan ke dalam akaun milik saudara yang dipinjamkan untuk mengumpul duit itu, hari ni tiga beradik yatim itu mendapat ehsan daripada geng motorsports yang memberi mereka sedikit harapan menempuh kehidupan penuh pancaroba di tengah-tengah perkampungan di Gua Musang, Kelantan.

Tiga beradik malang itu, Muhammad Syahadan Abdul Talib, 19, bekerja sebagai penoreh getah bagi membiayai dua adiknya, Siti Noraini, 14, dan Siti Nor Asmiza, 9, yang kehilangan ibu bapa beberapa tahun lalu. Lalu sebuah tabung diwujudkan oleh sekumpulan penderma dari daerah Gua Musang dan sekitarnya yang akhirnya sejumlah lebih RM25,000 berjaya dikutip.

Malangnya, pemilik akaun itu mengeluarkan wang berkenaan senyap-senyap dan kisah penganiayaan ke atas mereka tersebar apabila kumpulan pemotoran daerah itu menviralkan kes mereka.

Akaun itu kemudian dibekukan oleh pihak bank bagi memastikan tiada pengeluaran luar biasa dibuat.

Tiga beradik berkenaan meneruskan kehidupan mereka dengan makan dan pakai apa yang ada. Dua beradik itu masih bersekolah dan Syahadahlah yang akan bekerja di ladang getah dan melakukan kerja-kerja kampung bagi mencari rezeki.

Sebaik mendapat khabar mengenai nasib malang tiga beradik tu, gabungan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK)  Kota Bharu yang diketuai  Geng Motor Menuju Ke Hadapan terus membuat kutipan derma kilat dan berkonvoi ke rumah mereka di Kampung Mentara Lama dengan membawa derma RM10,400 termasuk membuka Sijil Simpanan Pendidikan Nasional  (SSPN) untuk memastikan kebajikan dua adik tidak terabai lagi.

Berita ini dipetik dari portal KitaReporters baca lanjut: https://kitareporters.com/masyarakat/4zbqGKGepr


Show More

Related Articles

Back to top button