JenayahNasionalRencah Hidup

Hati-hati penipuan akaun WhatsApp – SKMM

ORANG ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan taktik penipuan yang bertujuan untuk mengambil alih akaun WhatsApp pengguna.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, taktik berkenaan menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan enam digit yang diterima daripada WhatsApp.

“Kod pengesahan tersebut amnya diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku cubaan penukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun WhatsApp.

“Pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh menyebabkan akaun WhatsApp mereka diambil alih oleh ‘scammer’,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak SKMM menyeru agar pengguna berwaspada terhadap permintaan kod pengesahan enam digit WhatsApp daripada orang yang tidak dikenali atau pihak yang mengaku sebagai kakitangan WhatsApp serta pihak lain termasuklah pihak berkuasa.

“Pengguna diingatkan agar tidak sama sekali menyerahkan kod pengesahan enam digit WhatsApp kepada mana-mana pihak,” katanya.

SKMM berkata, pengguna yang menjadi mangsa pengambilalihan akaun WhatsApp disaran untuk mengikuti langkah seperti di pautan: https://faq.whatsapp.com/general/account-and- profile/stolen-accounts/ untuk mengambil alih semula akaun WhatsApp yang dirampas.

“Bagi melindungi diri daripada sebarang kemungkinan perbuatan jenayah, pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan dan laporan berhubung pencerobohan atau pengambilalihan akaun WhatsApp kepada balai polis berhampiran,” ujar SKMM lagi.

Laporan juga boleh dibuat kepada MCMC menerusi saluran portal aduan SKMM: https://aduan.skmm.gov.my, e-mel: [email protected] atau WhatsApp: 016-220 6262. – SM

 

(Visited 260 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button