MerrepakNasional

Nenek saudara warga Indonesia, bapa kandung dihadap ke mahkamah bunuh kanak-kanak OKU

Kematian Qaseh Nur Qalesya Roza bakal mendapat keadilan

QASEH Nur Qalesya Roza Iskandar ialah seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) yang berusia lima tahun ketika dia menjadi mangsa penderaan secara kejam oleh nenek saudaranya sendiri.

Adik Qaseh Nur Qalesya Roza ini juga menjadi mangsa dera bapa kandungnya dan dia ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu saudaranya di rumah mereka yang terletak di Kampung Sungai Chin Chin, Selayang, Selangor pada pukul 7 malam, 30 Disember tahun lepas.

Kematian kanak-kanak OKU ini mungkin kes terpencil, bukan kes berprofil tinggi yang mendapat liputan besar-besaran daripada media.

Tetapi kematian Qaseh Nur Qalesya Roza ini perlu mendapat pembelaan dari segi hukum dan undang-undang.

Justeru hari ini, Mahkamah Majistret Selayang mensabitkan kesalahan tersebut ke atas nenek saudara mangsa, wanita warga Indonesia.

Dia didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas pertuduhan membunuh kanak-kanak OKU berusia 5 tahun ini yang dilaporkan dipukul dengan rotan, dipijak dan dicucuh dengan ubat nyamuk.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori pula didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh badan Qaseh Nur Qalesya Roza.

Ketua Polis Daerah Gombak, Arifai Tarawe sebelum ini berkata, Qaseh Nur Qalesya Roza didera dengan menggunakan rotan selain dipijak pada bahagian perut serta dicucuh dengan ubat nyamuk pada bahagian badannya.

Pelaku atau tertuduh, Ipzuma Ambo yang berusia 55 tahun adalah seorang pembantu rumah dan dia dituduh dengan niat membunuh Qaseh Nur Qalesya Roza, cucu saudaranya itu.

Ipzuma dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Sungai Chin Chin, Gombak, Selangor antara 28 Disember tahun lepas, pukul 12.01 pagi sehingga 30 Disember, pukul 8.10 malam, lapor akhbar Berita Harian.

Ipzuma dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan majistret, Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Sementara itu, bapa mangsa, Roza Iskandar Mardi pula didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan mengabaikan dan menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh badan Qaseh Nur Qalesya Roza.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim, Maziah Joary Mohd Tajudin.

Roza Iskandar, 34, dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman yang sama antara 1 Jan hingga 30 Dis 2020.

Roza Iskandar dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 terhadap Roza Iskandar, bapa kandung mangsa dengan syarat, tertuduh harus melapor diri di balai polis setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 18 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kedua-dua kes tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa berusia 5 tahun disepak dan ditendang sehingga pecah usus oleh suspek sejak tinggal bersama pada tahun 2017. – SM

(Visited 380 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button