Bola SepakSukan

Safawi sertai kelab Portugal

SEORANG lagi pemain negara yang merupakan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid akan menyertai Liga Perdana Portugal.

Beliau dilapor akan berlepas ke Portugal malam ini bagi menyertai kelab Portimonense SC.

Safawi berlepas ke sana selepas beraksi dalam perlawanan terakhirnya bersama JDT ketika menentang Sabah semalam.

Perlawanan tersebut pastinya manis bagi Safawi apabila skuad Harimau Selatan menewaskan Sabah 4-1 dan muncul juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut.

“JDF FC ucapkan selamat maju jaya kepada Safawi yang akan meninggalkan kami untuk ke Liga Perdana Portugal bersama Portimonese SC malam ini.

“Safawi merupakan pemain terbaik Harimau Selatan sejak kemasukannya pada 27 Januari 2017.

“Beliau tampil dalam 101 perlawanan JDT dan menyumbang 47 gol dan 18 kali bantu gerakan.

“Harimau Selatan juga pernah menjadi juara bersama Safawi dalam Liga Super dan Charity Cups.

Ciap JDT menerusi akaun Twitter rasminya hari ini yang turut memuatnaik gambar bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Safawi merupakkan pemain kedua yang beraksi dalam kelab di Eropah selepas Luqman Hakim Shamsuddin.

Luqman dahulu ditawar menyertai KV Kortrijk di Belgium pada Ogs lalu.

Portimonense SC kini menduduki tangga ke-15 dalam daripada 18 pasukan di Portugal.

Kelab itu, pada musim ini baharu mencatat satu mata daripada dua aksi di bawah kendalian Antonio Folha.

Sementara pada musim lalu pula, kelab itu sekadar mendapat tempat pada kedudukan ke-17 liga dengan 33 mata. – SM

(Visited 316 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button