Nasional

Tergamak tipu orang guna nama anak yatim

SEORANG lelaki rugi setengah juta ringgit selepas menampung pusat jagaan anak yatim yang tidak wujud selama tiga tahun.

Penipuan itu bermula pada Mei 2017 ketika mangsa yang juga seorang ahli perniagaan berusia 72 tahun ditanya ingin membantu kewangan pusat jagaan anak yatim.

Sepupu kepada mangsa yang berusia 78 tahun telah dihubungi oleh bekas pekerjanya, suspek wanita berusia 34 tahun berkenaan bantuan pembiayaan harian kepada anak yatim.

Mangsa kemudian telah berhubung dengan suspek wanita dan menyatakan persetujuan untuk membantu.

Sejak daripada itu, mangsa telah menyerahkan kuasa kepada sepupunya untuk mengendalikan hal ehwal perpindahan wang dari akaunnya ke akaun peribadi suspek.

BACA> Kumpulan kedua 40 jemaah tabligh tiba dari India

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, penipuan itu mula terbongkar pada awal bulan ini.

“Mangsa dan rakannya telah hadir untuk melawat rumah anak-anak yatim yang ditanggung selama tiga tahun di Tanah Merah, Kelantan, Simpang Empat, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak.

“Namun kesemua rumah anak yatim itu tidak wujud dan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM500,000,” jelasnya.

Jelasnya, dua serbuan telah dilakukan pihaknya dengan dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah membuat dua serbuan semalam.

Serbuan di dua lokasi iaitu di Tanah Merah, Kelantan dan Kajang, Selangor telah menahan dua wanita berusia 24 tahun dan suspek pertama.

BACA> Baru sebulan jadi ‘tokan’ dadah dah kena tangkap

“Kedua-dua suspek beperanan sebagai pemilik akaun bank yang menerima sumbangan yang daripada mangsa.

“Suspek pertama telah ditahan reman selama empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan manakala suspek kedua telah diberi jaminan polis.,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan untuk memeriksa dokumen berkaitan sebelum memberi bantuan kewangan kepada mana-mana pusat kebajikan. -SM

(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button