Nasional

Kumpulan kedua 40 jemaah tabligh tiba dari India

SEBANYAK 40 jemaah tabligh rakyat tempatan tiba dari India menerusi pesawat Air India Express pada petang semalam.

Mereka tiba kira-kira pukul 2.45 petang petang semalam dan merupakan kumpulan kedua selepas 62 jemaah tabligh sebelum ini tiba di tanah air kira-kira 18 Julai lalu.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, dua jemaah tabligh yang telah selesai kes perbicaraan di Saharanpur, Uttar Pradesh, India juga tiba pada hari sama.

“Sebagaimana misi-misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang telah
dilaksanakan sebelum ini, kesemua mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Selain itu, mereka juga perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, untuk pemantauan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Lesen Finas untuk ‘Tik Tok’: Peguam saran Saifuddin dapat pandangan tepat

Menurut beliau yang juga bertindak sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Covid-19, masih terdapat seramai 87 jemaah tabligh tempatan yang berada di India.

Jelas Kamarudin, daripada jumlah tersebut, sebanyak 25 Jemaah Tabligh di New Delhi dijangka dapat pulang ke tanahair pada 29 Julai depan.

“52 lagi jemaah lain yang berada di beberapa wilayah di India seperti di Bihar, Jharkand, Telangana, Tamil Nadu dan Maharashtra) dan sedang menjalani proses perundangan.

“Seramai sembilan jemaah lain berada di Kolkata, West Bengal dan sedang menanti prosedur
perundangan seterusnya, manakala seorang lagi di Amravati, Maharashtra tidak dikenakan apa-apa pertuduhan,” jelasnya.

Ujar Kamarudin, kementeriannya menerusi Perwakilan-Perwakilan Malaysia di India akan terus memantau secara berterusan perkembangan situasi ini dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara.

BACA> Wajib pakai pelitup separuh muka di tempat sesak mulai 1 Ogos

“Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di India juga akan dipergiatkan lagi dalam
usaha untuk memudahcara kepulangan mereka ke tanah air,”

“Kita juga ingin merakamkan penghargaan di atas kerjasama pelbagai kementerian dan agensi yang terlibat terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam meneraju misi HADR kali ini,” jelasnya. -SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button