Hiburan

Sebutan Inter-Parte Diana dan Farid pada 20 Mei ini

Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 30 Mei ini bagi sebutan InterParte untuk pasangan pelakon Diana Danielle Danny Beeson dan Farid Kamil Zahari berhubung hak penjagaan Sementara untuk kedua anak mereka.

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana, 32, berkata mahkamah turut melanjutkan perintah hanadah interim ex parte (satu Pihak) kepada pelakon wanita itu sehingga 30 Mei.

“Kedua-dua pihak (Diana dan Farid) telah maklum kepada hakim bahawa kita mahu ambil inisiatif penyelesaian mahkamah semua isu berkaitan kedua-dua belah mereka.

“Nampaknya ada harapan sebab pihak sana juga sudah tunjukkan kemahuan (mereka) untuk berbincang dengan kita, pada proses Sulh (penyelesaian pertikaian) yang ditetapkan pada 11 April ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas prosiding di hadapan Hakim Syarie Zulfikri Yasoa.

Pada 24 Mac lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak pasangan berkenaan, yang berusia 10 dan lapan tahun kepada Diana, namun tiada halangan untuk Farid berjumpa dengan anak-anaknya.

Farid Kamil, Diana Danille dan anaknya Muhammad

Sementara itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid, 42, turut mengesahkan perkara tersebut.

Beliau memaklumkan arahan anak guamnya adalah untuk menyelamatkan rumah tangga mereka supaya dua anaknya tidak terpisah dengan kedua-dua ibu bapa.

Pada 10 Mac lepas, Diana selaku plaintif memfailkan permohonan cerai terhadap Farid mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri.

ARTIKLE BERKAITAN :>

Farid Kamil minta buang bin, binti pada nama anak-anak-Diana Danille

“Tanyalah Diana apa masalah dia? Saya masih sayangkan isteri dan anak-anak,” Farid Kamil

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button